Blogger Widgets

Ahad, 29 September 2013

FRUIT TARTLET



Assalamualaikum sahabat-sahabat penggemar masakan....kali ni Che Ta nak kongsi resepi yang Che Ta belajar dengan rakan-rakan PGSR  RBT IPG Kampus Perlis di Kolej Komuniti Sungai Petani. Anak-anak pasti sukakan "FRUIT TARTLET" ini nak buat tak susah mana pun. Jika tiada mesin pengadun anda boleh menggunakan teknik gaul dan ramas. Alaaa...macam nak buat kulit karipap.


Bahan-bahan 

125 gm Tepung gandum
75 gm mentega
1 camca besar gula kastor
1 biji kuning telur
20 ml air

Cara Penyediaan

  1. Pukul mentega, gula kastor sehingga sebati.
  2. Kemudian campurkan kuning telur gaul sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  3. Kemudian masukkan air dan gaul sebati.
  4. Rehatkan selama 30 min 
  5. Terap ke dalam acuan tart.
  6. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180 c
  7. Setelah masak sejukkan di atas redai kek dan sapu dengan coklat cair-jika suka.
INTI FRUIT TARTLET
Kastard
60 gm tepung kastard
3 biji telur
300 ml susu UHT
300 ml whipping cream
90 gm gula castor
1 camca besar mentega
2 camca teh esen vanilla

BUAH-BUAHAN 
Kiwi
Peach
Strawberri
Anggur hijau/anggur hitam


Cara penyediaan:
  1. Campurkan gula, telur dan tepung kastard. Adun sebati.
  2. Didihkan susu dan whipping cream, kemudian campukan adunan susu ke dalam adunan tepung kastard tadi.
  3. Kacau perlahan-lahan kemudian tuang adunan ke dalam periuk dan kacau hingga pekat.
  4. Sejukkan dan tuang ke dalam tart yang telah siap.
  5. Aturkan buah-buahan mengikut citarasa tersendiri....

*Kastard boleh diperolehi ready made di pasaraya atau kedai menjual bahan-bahan kek

SELAMAT MENCUBA.......