Blogger Widgets

Khamis, 28 November 2013

KUIH KELADI - HIDANGAN SAVOURI



Kuih ni last Che Ta buat semasa sekolah menengah dulu, teringin nak makan tapi selalunya dijual oleh kaum Cina, jadi tak berapa nak yakin status halalnya...Che Ta share di blog ni resepi dan gambar yang di ambil dari website sebab ramai pelajar-pelajar Che Ta yang tak pernah makan kuih ni terutama pelajar Melayu.....

Sebelum mula masak jangan lupa mulakan dengan lafaz Bismillah...."bahawasanya sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus daripada rahmat Allah SWT"


Kuih Keladi
Bahan-bahan utama:
160 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
500 ml air
1/2 camca teh garam
lada sulah -secukup rasa
1/2 camca teh rempah 5 (5 spices) -terdapat di pasaraya
1/2 camca teh serbuk pati ayam @ ikan bilis (jika suka)

Bahan lain:-
300 gm ubi keladi
60 gm udang kering, rendam 10 minit dan toskan ( boleh tambah jika suka)
10 keping cendawan shitake -rendam dan potong dadu

5 ulas bawang merah -hiris halus
4 ulas bawang putih -cincang
1 biji cili merah - cincang
Minyak masak -secukupnyaDaun sup /daun bawang & bawang goreng secukupnya

Cara membuatnya:-
1- Masukkan semua bahan utama ke dalam mangkuk dan kacau dgn wisk hingga sebati. Ketepikan.

2- Panaskan minyak, goreng keladi hingga sedikit perang, (sambil menggoreng bolehlah kita berzikir) angkat dan toskan diikuti cendawan shitake, lakukan proses yang sama. Kemudian masukkan bawang merah yg dihiris dan goreng hingga kuning, angkat dan toskan.

3- Masukkan udang kering dalam kuali yg sama dan goreng hingga perang. Masukkan bancuhan no.1 dan dikacau. Kacau ikut lawan jam sambil baca :


لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

 Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]

Gunakan api kecil.

4- Masukkan cendawan & keladi , gaul hingga rata, angkat dan tuang ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn sedikit minyak dan ratakan adunan tadi. Kukus selama 40 minit. Angkat dan sejukkan.

5- Untuk menghidang, potong bentuk kiup atau serong, hias dgn cili merah, daun sup/bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama sos cili .

*Di bawah ni ada teknik membuat kuih Keladi cuma mungkin bahan-bahannya berbeza. Pilihan di tangan anda.

SELAMAT MENCUBA