Blogger Widgets

Jumaat, 4 Oktober 2013

ONDE-ONDE KELEDEK





Assalamualaikum....
Kali ni Che Ta bagi resepi Onde-Onde keledek. Sukatannya lebih kurang sama dengan onde-onde labu. Kuih tempatan ni sebenarnya boleh agak-agak sahaja, tak perlu sukatan asas. Nenek moyang kita dahulu mana ada sukat-sukat...kalau ada pun guna sukatan cawan dengan mangkuk aje...Resepi ni pun kena tengok jenis keledek yang dipilih. Che Ta ni obsess dengan warna ungu so masakan pun pilih warna yang sama. keledek ungu ni lembut sdikit berbanding keledek kuning. Bila anda nak masukkan tepung agak-agak dah tak melekat kat tangan tu maknanya ok la...Kalau terlebih sedikit tepung pun tak mengapa kerana onde-onde keledek ni tahap liatnya kurang sedikit berbanding buah Melaka....Ingat!!! nak mula masak jangan lupa baca Bismillah...

Bahan-bahan:
150 gm keledek-potong dadu
250 gm tepung pulut
100 ml air
100 gm gula Melaka
250 gm kelapa parut putih + garam secukup rasa-kukus
Secubit garam

Cara Penyediaan:
  • Keledek dipotong dadu dan rebus hingga lembut.

  • Lecek keledek hingga halus
  • Masukkan tepung pulut, garam kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.

  • Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola kecil.

  • Leperkan doh dan letakkan sedikit gula Melaka di tengah-tengahnya kemudian bulatkan kembali.
  • Dalam periuk didihkan air. masukkan bebola keledek dan masak sehingga timbul.



  • Angkat bebola keledek dan toskan.

  • Golekkan bebola keledek di atas kelapa parut yang telah dikukus.

SELAMAT MENCUBA.....