Blogger Widgets

Khamis, 31 Oktober 2013

SWEETNYA TALAM KELEDEK CHE TA


Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat-sahabat Che Ta yang rajin sangat memasak

Hari ni Che Ta nak kongsi kuih Talam Keledek. Kuih ni mak Che Ta panggil cakar ayam kukus. Che Ta kalau kongsi resepi semuanya mudah-mudah , senang dan murah, yang penting kena ada ni:


Keledek lebih kurang 2 biji. Kalau nak cantik campurkan keledek unggu, keledek kuning dan keledek jingga.


Bahan-bahan lain ialah:
 240 gm tepung gandum (lebih kurang 8 camca besar penuh)
1 camca teh garam
600 ml air
RM 2.00 pati santan
Gula secukup manis
1 helai daun pandan



Hiris keledek halus-halus seperti batang mancis. Jangan sagat, kerana jika disagat hasilnya terlampau halus dan keledek mungkin hancur. Sambil hiris tu bacalah zikir apa-apa yang rasa sesuai.Taburkan gula pasir secukup rasa ke atas keledek sehingga rata supaya rasa manisnya sekata. Jika ingin disimpan semalaman di dalam peti sejuk tambahkan lagi gula, kerana rasa manis akan berkurangan jika kuih ini diletakan ke dalam peti sejuk semalaman. Simpulkan sehelai daun pandan dan letakkan di tengah-tengah bahan ini dan kukus sehingga keledek empuk dan gula cair.

Sementara menunggu keledek empuk, bolehlah bancuh batter cair. Ingat tak lagi resepi asas membuat batter cair???? Kalau tak ingat boleh agak-agak aje. Tapi kalau tak pernah buat guna aje resepi kat atas. Tepung gandum kenalah ayak dulu. Masukkan santan, kacau sedikit demi sedikit diikuti air sehinggalah rata. Konsistensi adunan batter ini tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. Batter cair ini mudah dituang macam kita nak buat batter untuk kuih ketayap...sama je resepinya. Semasa nak bancuh batter ni kena tengok juga banyak mana keledek yang telah disagat. Kalau keledek sedikit, kurangkan adunan. kalau adunan kelihatan cair tambah tepung.Biarkan adunan ini sebentar. 



Apabila keledek didalam pengukus sudah empuk, keluarkan daun pandan. jangan buang letak saja dalam pengukus supaya bau wanginya menambah aroma kuih ni.


Adunan batter yang telah dibiarkan kembang sebentar tadi dikacau-kacau supaya rata dan sebati. Tuang sedikit-demi sedikit secara perlahan ke atas keledek yang telah dikukus untuk mengelakkan keledek berserakan. Tuang sehingga habis. Kukus selama 35 minit sehingga batter set dan masak. 

Hmmm siaplah menu untuk minum petang, santai-santai dengan keluarga tersayang. Kali pertama buat mungkin terkeras atau terlembik, biasalah tu...maklumlah resepi orang tua-tua semua main agak je. 

Selamat Mencuba