Blogger Widgets

Sabtu, 7 Disember 2013

SALATOH ADI



chetasukamasak.blogspot.com

ASSALAMUALAIKUM....
Hai kawan-kawan, salatoh ni bukan sekadar boleh simakan bersama nasi Arab tetapi sedap juga dimakan bersama nasi daging dan nasi briyani...

SALATOH ADI
Bahan-bahan:
4 biji bawang besar
4 biji timun
Garam dan gula secukup rasa
1 biji perahan lemon
Daun ketumbar
Minyak zaiton –secukupnya

Cara-caranya:

Potong dadu tomato dan timun. Selepas itu masukkan garam & perahan lemon. Masukkan daun ketumbar dan minyak zaiton. Siap untuk dihidangkan bersama nasi Arab….

* Jika anda sukakan yogurt  tambahkan 1 cawan yogurt (Laban kata Arab)
jadi namanya kena ditukar kepada Salatoh ma'laban....

SELAMAT MENCUBA

SAMBAL NASI MANDHY



 






SAMBAL HARRAH / SAMBAL NASI MANDHY

Bahan-bahan

4 biji buah tomato
4 biji cili merah
1 labu bawang besar
Gula &garam secukup rasa
1 biji lemon –ambil jusnya/ boleh gantikan dengan cuka kurma

CARA-CARANYA

Kisar semua bahan bersama. Jika suka boleh taburkan daun ketumbar


NASI MANDHY






Sukakan nasi Arab ? Makan di kedai tentu mahal, sekali sekala tak mengapa lah. Sebenarnya tak susah nak buat cuma kena ada sedikit kerajinan. Rempah mandhy pun dah senang nak dapat tak macam dulu. Resepi ni Che Ta belajar dengan Ustazah Wan Habsah seorang pakar dalam masak memasak nasi Arab. Masa Che Ta belajar resepi yang diberi ialah versi orang berniaga, jadi Che Ta dah ubahsuai untuk masakan 1 keluarga. Untuk kuahnya Che Ta sukakan kuah kerutuk dan kuah kurma. Maklumlah lidah Melayu....


RESEPI NASI MANDHY
Rebus Ayam/ Daging Kambing dengan air secukupnya. 

1 kg beras basmathi ~ rendam sejam dan toskan(sukat dengan cawan untuk dapatkan sukatan air)
1sudu besar Rempah mandhy
1 sukat beras air rebusan ayam/kambing(sama banyak dengan sukatan beras)
1 bekas yoghurt/ 1 tin susu cair
3 sudu besar minyak sapi
Sedikit pewarna kuning
Rempah tumis ~ 2 batang kayu manis, 5 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
7 sudu besar garam secukup rasa,
2 sudu besar gula
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis 1 biji bawang besar ~ dimayam halus
Sedikit arang dan minyak zaitun : utk. Mengasap nasi
Bahan kisar : 1 biji bawang besar dikisar 3 ulas bawang putih ~ dikisar
Hiasan :  untuk tabur di atas nasi ½  cwn kismis, 1 cawan bawang goreng, daun ketumbar dan daun pudina




Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan bersama halia dan  bawang mayam sehingga harum dan bawang layu.  Masukkan bahan kisar dan tumis lagi.

2.  Masukkan pula rempah mandhy,  kambing yang direbus dan yogurt/ susu cair serta garam dan gaul rata.  Seterusnya masukkan sedikit air dan biar mendidih. Masak sehingga daging lembut.


3.  Di dalam rice cooker atau pengukus, masukkan kambing di lapisan bawah.  Masukkan beras. Air stok kambing, garam dan gula secukup rasa.
 Boleh juga jika hendak letak kambing bila Nasi kering tetapi kambing mesti dimasak sehingga benar-benar lembut isinya.

4.  Cara Mengasap Nasi. Bila nasi hampir kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak zaitun dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.

5. Titik pewarna kuning, masukkan bawang goreng, kismis, daun pudina dan daun ketumbar. Boleh ditutup nasi dgn aluminium foil/ kain yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk  kembali.  Nasi akan masak cantik.

6. Hidangkan dengan salatoh adi, salatoh ma'laban, sambal harrah atau apa-apa yang sesuai dengan selera anda. Kalau orang kedah makan dengan gulai batang pisang pun sedap.....

* Untuk resepi salatoh dan sambal harrah nanti Che Ta upload.

SELAMAT MENCUBA