Blogger Widgets

Isnin, 7 Oktober 2013

NASI KERABU PANTAI TIMUR

Assalamualaikum & selamat memasak...
Isnin datang datang lagi. Celik mata pagi ni jam menunjukkan pukul 6.45 pagi...alamak dah lambat, inilah akibatnya cuti panjang mulai Rabu hingga Ahad kerana peperiksaan PMR. nasib baiklah Che Ta ada Mr Zin yang sudi menggosok baju isteri tercinta. Ingat Che Ta (Rozita Che Wan) je yang ada Zin, ha Che Ta Lolita pun ada la....sebenarnya dah lama nak share resepi nasi Kerabu Pantai Timur ni cuma masa tak mengizinkan...tak tahu la nak kata Kelantan ke Terengganu ke, sebab dulu kami tinggal di Besut negerinya Terengganu tapi dok kecek Kelate...jadi Che Ta namakan Nasi Kerabu Pantai Timur.  Ni first time buat tau!!!! Tu pun mak yang paksa...ish dah tua-tua pun masak kena suruh...nak masak jangan lupa baca Bismillah.......


Bahan-bahan


Bahan-bahan untuk nasi:
1 genggam penuh bunga telang (petik yang kering atau keringkan)| rendam dalam air secukupnya
3 cawan beras (ini sukatan family Che Ta)
4 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)







Cara:
1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang 
3.Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.Kalau tinggal kat bandar mana nak cari bunga ni kan...








Kuah Tumis:
Santan pekat (agaklah nak banyak atau sikit) Che Beli RM3.00

7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kalau campur budu tak payah letak, Che Ta letak budu asing sebab suka rasa budu asli he he he)

Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika nak tambah garam rasa le dulu ye....

Sambal kelapa:
1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | 
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Cara:
  1. Tumbuk semua bahan . Guna lesung batu la baru sedap .
  2. Goreng tanpa minyak dengan api perlahan sehingga kering dan wangi
  3. Masukkan garam dan gula.
(cara nak buat sambal kelapa ni ada macam-macam versi ya!)


Ulam-ulaman: 
Kacang panjang
Daun cekurTimun 
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar 
Taugeh

Cara:

Hiris halus kesemua ulaman.



Sambal Cili:
Cili padi | tumbuk
Cuka
Garam
Gula

Lauk Pauk:
(Ikut selera adanda -di bawah ni adalah cadangan sahaja)
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada

Ayam Percik
Atau apa2 aja yang disukai


*Che Ta letak ayam percik....

Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seperti solok lada, yang sewaktu dengannya
.

SELAMAT MENCUBA