Blogger Widgets

Khamis, 31 Oktober 2013

SWEETNYA TALAM KELEDEK CHE TA


Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat-sahabat Che Ta yang rajin sangat memasak

Hari ni Che Ta nak kongsi kuih Talam Keledek. Kuih ni mak Che Ta panggil cakar ayam kukus. Che Ta kalau kongsi resepi semuanya mudah-mudah , senang dan murah, yang penting kena ada ni:


Keledek lebih kurang 2 biji. Kalau nak cantik campurkan keledek unggu, keledek kuning dan keledek jingga.


Bahan-bahan lain ialah:
 240 gm tepung gandum (lebih kurang 8 camca besar penuh)
1 camca teh garam
600 ml air
RM 2.00 pati santan
Gula secukup manis
1 helai daun pandan



Hiris keledek halus-halus seperti batang mancis. Jangan sagat, kerana jika disagat hasilnya terlampau halus dan keledek mungkin hancur. Sambil hiris tu bacalah zikir apa-apa yang rasa sesuai.Taburkan gula pasir secukup rasa ke atas keledek sehingga rata supaya rasa manisnya sekata. Jika ingin disimpan semalaman di dalam peti sejuk tambahkan lagi gula, kerana rasa manis akan berkurangan jika kuih ini diletakan ke dalam peti sejuk semalaman. Simpulkan sehelai daun pandan dan letakkan di tengah-tengah bahan ini dan kukus sehingga keledek empuk dan gula cair.

Sementara menunggu keledek empuk, bolehlah bancuh batter cair. Ingat tak lagi resepi asas membuat batter cair???? Kalau tak ingat boleh agak-agak aje. Tapi kalau tak pernah buat guna aje resepi kat atas. Tepung gandum kenalah ayak dulu. Masukkan santan, kacau sedikit demi sedikit diikuti air sehinggalah rata. Konsistensi adunan batter ini tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. Batter cair ini mudah dituang macam kita nak buat batter untuk kuih ketayap...sama je resepinya. Semasa nak bancuh batter ni kena tengok juga banyak mana keledek yang telah disagat. Kalau keledek sedikit, kurangkan adunan. kalau adunan kelihatan cair tambah tepung.Biarkan adunan ini sebentar. 



Apabila keledek didalam pengukus sudah empuk, keluarkan daun pandan. jangan buang letak saja dalam pengukus supaya bau wanginya menambah aroma kuih ni.


Adunan batter yang telah dibiarkan kembang sebentar tadi dikacau-kacau supaya rata dan sebati. Tuang sedikit-demi sedikit secara perlahan ke atas keledek yang telah dikukus untuk mengelakkan keledek berserakan. Tuang sehingga habis. Kukus selama 35 minit sehingga batter set dan masak. 

Hmmm siaplah menu untuk minum petang, santai-santai dengan keluarga tersayang. Kali pertama buat mungkin terkeras atau terlembik, biasalah tu...maklumlah resepi orang tua-tua semua main agak je. 

Selamat Mencuba



Isnin, 21 Oktober 2013

DONUT PINTAL CHE TA


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang cintakan dunia masakan.....

Minggu ini pelajar-pelajar tingkatan 3 yang tamat PMR merasa bosan tak tahu nak buat apa. Program yang dijalankan tidak menarik minat mereka. Che Ta cadangkan kepada mereka untuk membuat donut, kerana semua bahan-bahan ada dalam peti sejuk makmal masakan kecuali yis. Donut ni simple dan gebu. tak payah guna telur. Cuma perlu uli dengan kemesraan dan kasih sayang. Lagi satu nak ajar budak-budak supaya suka memasak kita tak boleh cerewet sangat...biarlah saiz tak sama ke, tertumpah ke...biarkan anak-anak ini enjoy membuat aktiviti...Nah tengoklah hasilnya....




Bahan-bahan
500gram tepung gandum (jenama apa pun boleh)* kalau nak donut jadi warna putih guna tepung high Protein 
2 sudu besar majerin
3 sudu besar susu tepung (susu cair pun boleh, susu segar pun boleh, susu pekat manis pun boleh)
3 sudu besar gula pasir (jika guna susu pekat manis guna 1 sudu )
Gula kastor secukupnya (untuk menyalut donut)
11gram yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 cawan air

Cara Menyediakan:

1. Campurkan mauripan dan gula di dalam satu mangkuk bancuh menggguna air suam.  Biarkan sehingga keluar bau yang masam.

2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lubang ditengahnya,  susu dan majerin. Masukkan bancuhan yis mauripan dengan gula. Adun mesra kesemua bahan.


3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. 
4. Uli adunan hingga doh sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.





5.Bulat-bulatkan doh sama besar sebanyak 3 butir, uli sehingga menjadi bentuk seperti di atas dan tekan di bahagian hujung dengan jari. Pintal doh seperti membuat tocang rambut.


6. Bentuknya lebih kurang seperti gambar atas, pintallah ikut suka hati. kalau nak terap pun boleh tapi sekali    sekala ubah bentuk anak-anak pun teruja...Susun doh yang siap dipintal ke dalam dulang yang telah ditabur tepung . Jarakkan sussunan doh supaya tidak melekat antara satu dengan lain apabila doh mengembang.


7. Biarkan doh ini naik dan kembang sekali ganda. Bolehlah di goreng dengan api panas sederhana. Jika ingin disimpan doh ini boleh dimasukkan ke dalam ketuhar sebentar atau goreng sebentar.Bila sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara dan disimpan ditempat dingin beku.

8. Goreng sehingga berwarna keperang-perangan. Jika menggunakan tepung high protein donut yang digoreng akan berwarna putih.
Salutkan donut dengan gula kastor secukup manis...kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.....

Ini hasil daripada pelajar saya macam-macam bentuk mereka buat mengikut kreativiti setelah gagal memintal. Biarlah asalkan  mahu mencuba dan hasilnya boleh dimakan.



KHASIAT CUKA KURMA



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni Che Ta kongsi tentang cuka. Di dapur kita pasti tersimpan cuka yang digunakan untuk memasak, menyimpan barangan kaca, atau mengilatkan cermin.

Semasa mennghadiri kelas memasak nasi Arab yang dianjurkan oleh Ustazah Wan Habsah, beliau telah berkongsi ilmu tentang kebaikan cuka kurma. Cuka kurma digunakan untuk membuat sambal harrah untuk sambal Nasi Mandy lebih kurang seperti sambal nasi ayam

Cuka kurma ialah cuka yang dihasilkan dari pohon kurma, cuka nipah yang banyak terdapat dinegara kita memang dihasilkan oleh pokok nipah. Cuka padi pula Che Ta dah tanya pakcik google tetapi tak jumpa maklumat terperinci.Manakala cuka epal dihasilkan daripada buah epal.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” 
Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.



KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN, 

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM 

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfa'at untuk mengatasi;

1) masalah gastrik di perut,

2) masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),

3) mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

4) Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

5)Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, 6) membersihkan usus (membuang toksik di perut),

7) menguatkan sistem perut (masalah buasir), 8) menghilangkan masalah dahaga (panas badan),

9) mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), 10) membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.Cara Penggunaan: 

1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.

2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…


Rawatan Sihir: 

1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh

2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun.

Nak beli cuka kurma senang sahaja , kalau di sekitar Sungai Petani, Kedah cuka ni boleh dibeli di Fatimah Bakery (bukan promosi ye...). Atau cari sahaja jualan atas talian...tak perlu nak susah-susah bawa balik dari Timur Tengah.

JOM KITA TUKAR CUKA BIASA KEPADA CUKA KURMA.....


Isnin, 14 Oktober 2013

AYAM PERCIK


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang rajin memasak....
Masa Che Ta buat nasi kerabu Pantai Timur try buat ayam percik masuk dalam microwave 4 ketul je...Encik Suami Mr Zin kata sedap sangat ...buat pula sikit tak puas makan katanya. Che Ta buat sekali lagi try guna belanga roti canai pula...
Che Ta masak ni dengan Mak...dia nak tumbuk semua bahan, tak mau guna mesin.
Bahan-bahan:

Bahan A
5-6 ketul peha ayam-dikelar/potong (Kalau panggang atas bara api tak payah potong)
2 keping asam keping
1 liter santan cair
2 cawan pati santan
garam & gula secukup rasa

Bahan B
10 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
3 btg serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
20 tangkai cili kering
Sedikit belacan
(kisar /tumbuk semua bahan B)


CARA-CARA:




Mula-mula sediakan bahan B (senang ajekan...nak tumbuk boleh , nak blend pun boleh. Che Ta tumbuk...bukan Che Ta tapi mak Che Ta. Kalau tumbuk akan kelihatan kasar sedikit tapi permintaan bonda, ikut je la)



















Dalam kuali yang boleh memuatkan 5-6 ketul peha ayam masukkan santan cair, diikuti bahan kisar.


Beginilah rupa bahan kisar yang disatukan dengan santan cair. Kerana bahan ni Che Ta tumbuk maka kelihatanlah kekasaran cilinya timbul dipermukaan santan. Didihkan sebentar. Masukkan asam keping. Jangan lupa kacau...sambil-sambil tu mulut jangan berleter. Bacalah zikir apa yang patut....


















Peha ayam bersihkan betul-betul, bimbang dengan bakteria salmonella. Pastikan pisau potong ayam dan papan pemotong ni dicuci betul2 sebelum digunakan untuk makanan lain .... ilmu mesti ada , jangan main hentam aje. Peha ni nak potong boleh , tak nak pun tak apa. Kalau tak potong semasa hidang kelihatan lebih menyelerakan...Che Ta potong kepada dua..senang nak makan.


Bila merenih masukkan ayam...kalau tak ada peha , mana-mana bahagian ayam pun boleh. Ikut kegemaran masing-masing. Nak letak seekor ayam pun boleh. Ok, masa ni kena kacau dan kalih-kalihkan ayam sehingga kuah pekat dan ayam masak separuh.

Tuangkan pati santan mengikut tahap kesihatan anda. Lebih pekat lebih umphhh...kalau pening kepala sendiri tanggung. Nak memekatkan kuah ada orang letak tepung beras. Che Ta suka guna oat, tapi oat tu kena kisar sekali dengan bahan kisar. Kali ni sebab masak dengan mak, semua original tak ada sebarang tambahan. Masukkan garam dan gula ikut rasa. Che Ta suka kuah ni manis-manis sedikit. Jangan lah manis macam pengat pisang pula....kalau suka madu boleh letak madu. Madu lebah tau! bukan berMADU...Che Ta bab ni sentap sikit...bukan nak menghalang hukum Allah tapiii tu lah, Che Ta ni insan biasa....ha masa ni lah nak pikat suami masak sedap-sedap


Bila kuah dah likat....angkat dan letak atas kuali roti canai, Che Ta ikut arahan mak. Anda nak guna pemanggang ajaib ke, periuk ajaib ke ikut suka...nak alas dengan aluminium foil pun boleh, nak bungkus daun pisang pun boleh. jangan kata Che Ta tak bagi tau....sebenarnya lagi 2 ketul ayam Che Ta panggang dalam mirowave 3 minit aje...kalau nak garing set 10 minit...ikut arahan mikrowave jenama kat rumah masing2 lerrr...

Bebinilah rupa ayam percik Che Ta yang tak ada sebarang hiasan...kalau nak hias make sure hiasan tu boleh dimakan...dan memang akan dimakan. Ingat membazir tu amalan syaitan...kalau masak lebih tu hantarlah ke rumah jiran dan saudara mara atau mereka yang serba kekurangan. Kita kat rumah hari-hari makan ayam, ada orang nak makan ayam sebulan sekali pun susah..... 

SELAMAT MENCUBA 




Khamis, 10 Oktober 2013

NASI GORENG NOXXA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...sahabat-sahabat yang rajin memasak.

Pagi tadi Che Ta dan geng masak-masak buat nasi goreng guna periuk Noxxa. Kalau tengok bahan-bahan dalam gambar dengan resepi ada lah beza sikit. Maklumlah baru belajar masak bahan pulak letak dalam satu bekas, so ada yang dah termasuk dalam menu pertama....






Bahan-bahan:
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 paket Perencah Nasi Goreng (kalau buat sendiri lagi bagus)

1 mangkuk mix vagie (frozen) @ sayur yang digemari
1 mangkuk udang (ikut suka nak letak apa)
2 cawan beras (dibasuh & toskan)
3 cawan air (sukatan mcm masak nasi biasa)

Caranya:
1.Tekan butang stir fry & panaskan minyak
2.Tumiskan bawang & masukkan perecah serta sedikit garam.




3.Masukkan beras , mix vagie, udang & air secukupnya serta tutup periuk.

Mix vagie habis guna sawi je.....



4.Tekan butang high pressure selama 6 minit


5.Selesai masak,biarkan selama 5 minit.
6.Buka tudung periuk & kacau nasi.


Maka siaplah nasi goreng Noxxa...kalau anak-anak nak bawa bekal ke sekolah pada waktu pagi memang senang untuk ibu-ibu yang bekerja. Kali ni tak letak dapur Che Ta sebab Che Ta tak masak...kali ni yang ajar masak ialah Cikgu Arme Ruhaiza. Terima kasih kepada En. Ananthe Segar kerana sudi mengizinkan kami melancarkan periuknya yang masih bau kedai...bahan-bahan pula disediakan oleh Cikgu Subhah Ahmad, kira hari ni Che Ta sumbang gambar je la...dan tolong perabih nasi. Alhamdulillah.

Ha jangan lupa ya , rajin-rajinlah ke dapur dan jangan lupa berzikir samasa memasak...love UOLLs muah muah

SELAMAT MENCUBA

Rabu, 9 Oktober 2013

MASAK-MASAK DENGAN PERIUK NOXXA

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai sahabat-sahabat Che Ta yang suka masak....
Hari ni Che Ta dan rakan-rakan belajar masak guna periuk ni....masing-masing baru try guna, lawak juga jadinya. Ye lah sebelum menunjukkan kepakaran dan kepantasan memasak kepada Encik suami masing-masing kena la belajar dulu....lupa pula, sorang member ni beli nak bagi kat isteri so sweet Mr Ananthe...susah cari ooo Encik suami macam ni...

Apa??? Resepi nanti la dulu Che Ta pun baru belajar....hari ni yang mengajar teknik penggunaannya ialah Cikgu Arme Ruhaiza , tukang jual pun baru belajar juga iaitu Cikgu Subhah Ahmad. Nak beli tunai tak mampu...Che Ta baru habis belajar, anak-anak pula tengah belajar. kami main kutu je...nak join ehhh boleh sesangat....



features

Memasak : Nasi putih / Nasi beriani / Nasi ayam/ Nasi lemak / tomato - 5 - 8 minit .

Sup ayam - 1minit/ kari ayam - 1 minit / sayur lemak - 1 minit. 

Rendang ayam pencen - 30 minit . 

Sup tulang - 45 minit

Bubur pulut hitam ( tanpa rendam ) / Bubur kacang hijau - 15 minit . 

Pulut kuning - 3 minit . 

Nasi Goreng - 7 minit .

Merebus : Ubi / jagung-3 minit. 

Pucuk ubi/jantung pisang – 1 minit Ketupat - 20 minit .

Menggoreng : Pop Corn - 1 minit. dan lain-lain lagi


Kelebihannya lagi adalah... untuk persiapan nasi goreng daripada beras terus siap nasi

 goreng


KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN PERIUK AJAIB:

- Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah. @ Hi-pressure, Low-pressure
- Pelbagai fungsi – Masak Perlahan, Mengukus, Menumis. @ Slow Cooker, Steam, Stir-fry
- Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat. @Reheat
- Pelewat Masa sehingga 8 jam. @ Delay Timer
- Periuk tidak melekat 8L. @ Non-stick
Saiz periuk bahagian dalam
- Diameter : 26.2cm
- Height : 17.5cm – boleh masak 16 cawan beras

Kegunaan & kelebihannya:

Testimoni dari para pengguna:

- Boleh membuat Pop-corn
- Masak kek kukus
- Masak Dodol & Halwa Maskat
-  Buat sendiri Sardin
- Rebus daging, tulang & ekor dalam masa yang singkat
- Masak@goreng Bihun dlm masa yg singkat (takperlu tos bihun , masuk je dalam periuk)
- Masak Nasi biasa & nasi beriani dalam masa 8 minit ( tak permasuk masa prepare – masuk tak perlu dimasak masukkan beras terus)
- memasak sup tulang @ sup ekor, cuma memakan masa lebih kurang 40minit sahaja
- Untuk merebus telur dlm 30biji, kita cuma memerlukan 1 minit shj
 goreng


Panduan Pembersihan/Penyenggaraan:
Tanggalkan plag dan biar unit menyejuk sebelum membersihkannya.
Cuci periuk memasak yang boleh ditanggalkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul.
Lap pendakap luar dan tudung dengan kain bersih. Jangan rendam dalam air.
Tanggalkan takungan pemeluwapan dengan menariknya ke bawah. Bersihkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula dengan menolaknya ke atas.
Terbalikkan penutup, pegang gasket silikon di satu lagi bahagian dan tarik. Bersihkan gasket silikon dalam air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula gasket dengan menolaknya ke bawah ke dalam sisi penutup. Pastikan alur di bahagian tengah gasket diletakkan di sekeliling gegelang logam di bahagian dalam sisi penutup. Jika gasket tidak diletakkan dengan betul, unit tidak akan berfungsi.
Demi mengekalkan prestasi periuk anda yang baik, bahagian dasar periuk masak yang boleh ditanggalkan di bahagian pad sensor mesti dibersihkan setiap sekali selepas menggunanya. Lap dengan kain basah yang lembut dan pastikan ia dikeringkan dengan betul.
Jangan sesekali guna pembersih yang melelas atau pad penyental untuk membersihkan mana-mana bahagian.
PERHATIAN: Gasket silikon mestilah diletakkan dengan betul pada bahagian bawah penutup. Periksa secara berkala untuk memastikan ia bersih, fleksibel dan tidak retak atau terkoyak. Jika gasket silikon rosak, ganti ia sebelum mengguna periuk itu.


Membersihkan tombol pengawal tekanan:
Periksa bahawa tombol pengawal tekanan dan injap keselamatan tekanan adalah berfungsi dengan baik sebelum setiap kali menggunanya.
Selepas unit telah menyejuk, tanggalkan penutup.
Tekan ke bawah dan putar tombol pengawal tekanan berlawanan arah pusingan jam melepasi seting STEAM dan tanggalkan dengan berhati-hati.
Terbalikkan penutup dan letakkan di atas meja. Tarik keluar penutup penghalang. Dengan mengguna berus, periksa dan keluarkan sebarang makanan atau partikel asing yang mungkin terdapat dalam injap terapung. Letakkan semula penutup penghalang.
Letakkan semula tombol pengawal tekanan dengan melapisi takuk sehingga ke atas dinding bahagian dalam kebuk pengawal tekanan dalam penutup dan putar ke arah pusingan jam.
Waranti satu (1) tahun daripada kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.

 



Isnin, 7 Oktober 2013

NASI KERABU PANTAI TIMUR

Assalamualaikum & selamat memasak...
Isnin datang datang lagi. Celik mata pagi ni jam menunjukkan pukul 6.45 pagi...alamak dah lambat, inilah akibatnya cuti panjang mulai Rabu hingga Ahad kerana peperiksaan PMR. nasib baiklah Che Ta ada Mr Zin yang sudi menggosok baju isteri tercinta. Ingat Che Ta (Rozita Che Wan) je yang ada Zin, ha Che Ta Lolita pun ada la....sebenarnya dah lama nak share resepi nasi Kerabu Pantai Timur ni cuma masa tak mengizinkan...tak tahu la nak kata Kelantan ke Terengganu ke, sebab dulu kami tinggal di Besut negerinya Terengganu tapi dok kecek Kelate...jadi Che Ta namakan Nasi Kerabu Pantai Timur.  Ni first time buat tau!!!! Tu pun mak yang paksa...ish dah tua-tua pun masak kena suruh...nak masak jangan lupa baca Bismillah.......


Bahan-bahan


Bahan-bahan untuk nasi:
1 genggam penuh bunga telang (petik yang kering atau keringkan)| rendam dalam air secukupnya
3 cawan beras (ini sukatan family Che Ta)
4 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)







Cara:
1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang 
3.Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.Kalau tinggal kat bandar mana nak cari bunga ni kan...








Kuah Tumis:
Santan pekat (agaklah nak banyak atau sikit) Che Beli RM3.00

7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kalau campur budu tak payah letak, Che Ta letak budu asing sebab suka rasa budu asli he he he)

Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika nak tambah garam rasa le dulu ye....

Sambal kelapa:
1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | 
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Cara:
  1. Tumbuk semua bahan . Guna lesung batu la baru sedap .
  2. Goreng tanpa minyak dengan api perlahan sehingga kering dan wangi
  3. Masukkan garam dan gula.
(cara nak buat sambal kelapa ni ada macam-macam versi ya!)


Ulam-ulaman: 
Kacang panjang
Daun cekurTimun 
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar 
Taugeh

Cara:

Hiris halus kesemua ulaman.



Sambal Cili:
Cili padi | tumbuk
Cuka
Garam
Gula

Lauk Pauk:
(Ikut selera adanda -di bawah ni adalah cadangan sahaja)
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada

Ayam Percik
Atau apa2 aja yang disukai


*Che Ta letak ayam percik....

Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seperti solok lada, yang sewaktu dengannya
.

SELAMAT MENCUBA