Blogger Widgets

Khamis, 3 Oktober 2013

AYAM MASAK KICAP DENGAN CENDAWAN


Assalamualaikum....
Peminat-peminat masakan yang budiman. Anak-anak memang sukakan ayam. Kadangkala kita buntu tak tahu nak masak apa? Asyik-asyik ayam goreng. Apa kata kita cuba resepi ni. Che Ta dapat dari Majalah Saji...tak beli pun. Che Ta pinjam daripada Kak Ton, belek-belek tengok best juga resepinya bahan-bahan mudah didapati dan cara nak masak pun mudah.


BAHAN-BAHAN
5 ketul peha ayam
2 keping tauhu  (Che Ta suka tauhu lembut)
1 mangkuk kecil cendawan shitake kering - direndam (boleh rujuk gambar atas)
1 paket cendawan inoki
2 cm halia muda-hiris nipis
5 ulas bawang putih-dititik ( nak hiris pun boleh)
3-5 tangkai cili padi-hiris nipis (ikut suka kalau nak pedas boleh tambah)
Kicap cair masin-secukup rasa
1 camca besar sos tiram
1 kiub stok pati ayam
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa (rasa dahulu sebelum letak garam kerana masin kicap sudah memadai)
1/4 cawan air

CARA MENYEDIA:
  • Panaskan minyak & masukkan bawang putih dan halia lalu tumis sehingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan ayam dan biarkan masak sebentar.
  • Seterusnya, masukkan kicap cair masin & tambahkan sedikit air. Biarka seketika. Jika ayam kurang masak dan masakan kelihatan kering boleh tambah air.
  • Masukkan cendawan shitake , inoki & cili padi. Perlahankan api supaya ayam tidak hangus.
  • Taburkan kiub ayam dan kacau sebati.
  • Masukkan tauhu dan tutup kuali sebentar sehingga ayam masak.
  • Perasakan masakan dengan sos tiram, garam dan gula.
  • Masak sehingga kuah pekat.


SELAMAT MENCUBA






CUCUR-CUCUR UDANG CHE TA



Bahan-bahan:
Bahan untuk cucur:
500 gram tepung gandum

250 gm udang basah
1 ikat daun kucai
1 sudu kecil kunyit
1 ulas bawang besar
1 sudu besar air kapur ( jika suka)

Bahan untuk kuah:
3 ulas bawang merah dicincang

1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil paste udang kering
3 sudu besar gula melaka
2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan (tak mau letak pun tak apa)
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

Cara-cara untuk cucur:
1. Bancuh tepung dengan air hingga sebati.
2. Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yang dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yang dihiris nipis, air kapur, udang, dan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.
4. Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.

Cara-cara untuk kuah:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak

2. Tumiskan bahan cincang hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih
5. Masukkan gula, garam dan tepung jagung. Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.



*SELAMAT MENCUBA*

ONDE-ONDE LABU


Assalamualaikum
Sambil duduk-duduk membelek majalah Saji keluaran Mei 2013, teringat pula soalan pelajar-pelajar saya tentang perbezaan onde-onde dengan buah Melaka. Kebiasaannya buah Melaka diperbuat daripada tepung pulut manakala onde-onde pula daripada keledek.Ada sesetengah tempat onde-onde merujuk kepada kuih yang diperbuat daripada tepung pulut atau keledek, berinti kacang hijau atau kelapa yang bersadur bijan.
Kali ini Che Ta kongsi resepi dari majalah Saji untuk tatapan semua:


Bahan-bahan:
150 gm labu-potong dadu
250 gm tepung pulut
100 ml air
100 gm gula Melaka
250 gm kelapa parut putih + garam secukup rasa-kukus
Secubit garam

Cara Penyediaan:
  • Labu dipotong dadu dan rebus hingga lembut.

  • Lecek labu hinga halus
  • Masukkan tepung pulut, garam kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola kecil.
  • Leperkan doh dan letakkan sedikit gula Melaka di tengah-tengahnya kemudian bulatkan kembali.
  • Dalam periuk didihkan air. masukkan bebola labu dan masak sehingga timbul.
  • Angkat bebola lab dan toskan.
  • Golekkan bebola labu di atas kelapa parut yang telah dikukus.
SELAMAT MENCUBA


PECAL CHE TA


Assalamualaikum...

Hari ni  semasa melayan FB, terbaca post Hani, rakan sekerja yang bercadang nak buat pecal. Maka timbullah idea nak share resepi  Pecal kegemaran suami...maklumlah orang Jawa. Setiap kali balik kampung asyik kempunan nak makan pecal air tangan mak dia. Sebagai isteri kenalah belajar masakan mak mentua. Che Ta dah buat pecal ni tapi suami kata kurang menjadi, ye lah mana nak sama air tangan orang Jawa tambahan air tangan ibu ya tak???Mak Che Ta kata ok je, Che Ta pun rasa ok je.
Apa-apa pun I have try the best. Masa upload gambar baru perasan gambar tu tak lengkap...so Che Ta mohon pinjam dulu gambar dari Mr. Google.


Pesan Che Ta untuk ibu-ibu, bila anak-anak balik kampung sekali sekala, masakkanlah makanan kegemaran anak-anak...


Bahan-bahan 

  • 1 kilo kacang tanah
  • 20 tangkai cili kering - dibelah dgn gunting memanjang utk buang biji 
  • 10 tangkai cili padi-(kalau tak nak pedas tak perlu guna)
  • 15 biji bawang merah .
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 cm persegi belacan - digoreng dgn sedikit minyak hingga wangi
  • beberapa ketul ibu cekur
  • 1 sudu 'asam jawa extra' kalau yg berbiji tu,kena lah buang biji nya
  • garam & gula secukup rasa.

  • Sayuran:
  • pucuk ubi, pucuk paku, tauge, kangkung, nangka  muda, kobis, kacang panjang , paku rawan (apa- apa sahaja sayur yang disukai) dipotong2 & dicelur
  • beberapa keping tahu - digoreng
  • timun  - dihiris

  • Cara Membuat:
  1. Goreng kacang hingga ranggup, 
  2. Seterusnya goreng cili & bawang2.
  3. Ketika bahan goreng masih panas, tumbuk bersama cekur,garam & belacan.boleh juga dimesin dengan blender. tetapi lebih rasanya akan lebih enak jika ditumbuk sebab ia akan jadi sebati, & sebahagian kacang telah keluar minyaknya sehingga sambal pecal itu boleh dikepal.
  4. Simpan sambal, bila nak makan, ambil semangkuk & dibancuh dgn air panas,bancuh pekat2 sebab bila dah bercampur sayur-sayuran nanti,air sayur akan mencairkn sikit sambal tu
  5. Semasa menhidang curahkan sambal keatas sayur2 yg disukai.

  • SELAMAT MENCUBA....