Blogger Widgets

Selasa, 19 November 2013

KUIH KOCI KELEDEK

Assalamualaikum....

Dah lama tak update blog ni....sibuk betul dengan menghadap laptop memasukkan markah ko kurikulum pelajar. Sambil menunggu baik buat kuih. Kuih koci keledek ni cadangan emak Che Ta. Keledek yang digunakan untuk membuat onde-onde keledek masih berbaki jadi mak Che Ta kata buatlah kuih Koci. Selalu sangat guna tepung pulut kali ni biarlah ada kelainan.
Bangga sungguh dengan emak semenjak muda sampai sekarang dah bertongkat masih fikir tetang masak memasak. Nak buat senang aje sama macam nak buat onde-onde. Kuih Melayu ni nama je berbeza, sedangkan bahan-bahannya sama aje semua menggunakan bahan tempatan.

Bahan-bahan Doh

2 cawan keledek lecek (anggaran 2-3 biji yg sedang)
2-3 cawan tepung pulut
sedikit garam
secukupnya daun pisang yg di layurkan
minyak secukupnya

Bahan inti


1/2 biji kelapa parut (putihnya je)
1 cwn gula merah/melaka
3 sb gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit air


Bahan Kuah
1 cawan pati santan
garam secukup rasa
(Masak santan hingga pekat danmasukkan garam)

Cara-Cara.


UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH

1. Keledek di rebus dan toskan.Lecek halus dan jadikan 2 cawan.


2. Campurkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga sebati.


3. Bulatkan ikut suka dan isikan inti dan bulatkan semula.Kalau tak nak bulat-bulatkan pun tak apa,     guna sudu masukkan inti sama seperti meletakkan ini kuih badak.


4. Ambil daun pisang yg telah dilayurkan dan sapu minyak.
5. Letak adunan doh yg telah siap tadi kedalam daun pisang , tuangkan pati santan ke atas doh         dan bungkus semula.


6. Setelah siap kukus selama 40 minit.


7. Angkat dan biarkan sejuk. 



Beginilah rupanya kuih koci keledek Che Ta, rupanya tak adalah cantik mana tapi yang penting rasa. Bila dan maintain rasa boleh la kita perbaiki rupa.....Hasilnya banyaklah juga 2 hari makan tak habis. Kawan-kawan kalau setakat nak makan sepuluh biji boleh kurangkan kuantiti bahan. Agak-agak aje tak sukat pun tak apa......

SELAMAT MENCUBA........




SWISS ROLL