Blogger Widgets

Khamis, 18 Disember 2014

KENALI TEPUNG DAN KEGUNAANNYA


K
ita sering membuat pelbagai jenis kuih muih, kek, mee dan roti. Bahan utama untuk menghasilkan makanan-makanan ini sudah tentunya tepung.Selalunya kita akan membeli tepung di pasaraya, kedai runcit atau confectionary. Kali ini saya akan berkongsi jenis-jenis tepung yang ada di pasaran.




1.         TEPUNG GANDUM
T
epung gandum biasa diperbuat daripada bijirin gandum. Mudah didapati di mana-mana kedai runcit. Fungsinya sama dengan tepung serbaguna. Terdapat yang biasa atau yang telah diputihkan. Tepung gandum biasa mempunyai kandungan kanji yang banyak berbanding tepung gandum dan yang telah diputihkan. Tepung gandum yang telah diputihkan berwarna lebih putih berbanding tepung gandum biasa yang berwarna krim. Sekiranya membuat donut menggunakankan tepung gandum yang telah diputihkan warna donut yang terhasil akan lebih putih dan tepung ini juga sesuai untuk penghasilan mee kuning. Terdapat perbezaan harga tepung gandum di pasaran mengikut kualiti dan potongan subsidi oleh kerajaan. Tepung gandum boleh didapati serendah RM1.35 sekilogram hingga RM3.50 sekilogram pada harga pasaran biasa.

2.         TEPUNG SERBAGUNA
T
epung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Lazimnya kita menggunakan tepung gandum kerana lebih mudah didapati.

3.         TEPUNG BERPROTIN TINGGI
T
epung berprotein tinggi sesuai untuk membuat roti kerana daya menganjalnya lebih tinggi. Tindak balas penganjalan akan menjadi lebih sempurna apabila diuli bersama yis

4.         TEPUNG BERPROTIN RENDAH
T
epung berprotin rendah amat sesuai untuk membuat pau.



5.         TEPUNG GANDUM TULEN (WHOLE MEAL)
T
epung ini mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan hasil roti dan muffin akan menjadi berat.

6.         TEPUNG NAIK SENDIRI
T
epung ini juga dikenali sebagai tepung berserbuk penaik kerana mengandungi kandungan serbuk penaik (baking powder) dan sedikit soda penaik (soda bikarbonat). Jika tiada tepung ini kita boleh menghasilkannya sendiri dengan mengayak 260 gm tepung gandum dengan satu sudu makan (rata) serbuk penaik.

7.         TEPUNG ROS
T
epung ros mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung di dalam adunan jika sukatan tepung jagung tidak terlalu banyak di dalam resepi anda. Hasil biskut tebih rangup dan lebih baik berbanding dengan tepun gandum biasa.







8.         TEPUNG OPTIMA
   T
epung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai untuk membuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serbaguna, tepung kastard atau tepung jagung boleh menjadi alternatif bergantung kepada resepi.

9.         TEPUNG HONG KONG
T
epung Hong Kong juga dikenali sebagai water lily flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih dan seringkali digunakan untuk membuat pau. Sukar didapati kerana tepung ini mudah rosak (berkulat atau berkutu) Anda boleh menggantikan dengan tepung jenama bluekey atau mana-mana tepung berprotin rendah, hasilnya mungkin tidak sama tetapi ianya tidak merubah rasa.




10.       TEPUNG HOEN KWEE
T
epung ini di mempunyai pelbagai jenis warna pembungkus di pasaran. Untuk membeli tepung yang berwarna putih pilihkah pembungkus berwarna biru. Pembungkus berwarna hijau mempunyai tepung berwarna hijau pastel manakala pembungkus berwarna jingga mempunyai tepung berwarna kuning pastel. Anda boleh mencampur warna yang lebih terang atau menambah jus pandan atau perwarna hijau untuk menambah warna mengikut jenis kuih yang dihasilkan.

11.       TEPUNG PULUT
T
epung berwarna putih dan biasanya diimport dari Thailand, dihasilkan daripada beras pulut. Pembungkusan sama seperti tepung beras dan anda harus membaca label dengan teliti sebelum membeli. Kini terdapat juga dipasaran tepung pulut hitam untuk membuat kuih koci tetapi tepung pulut hitam ini perlu ditambah dengan tepung pulut putih mengikut kesesuaian resepi. Anda boleh membaca pada label pembungkusan sebelum membeli.

12.       TEPUNG BERAS
T
epung yang dihasilkan daripada beras biasa. Biasanya digunakan untuk menghasilkan bater. Mudah didapati di mana-mana kedai runcit. Jika malas hendak ke kedai, memadai dengan merendam beras dan kemudiannya dikisar dengan air dan ditapis dengan kain maslin. Penggunaan air adalah sama seperti sukatan bater yang akan anda hasilkan sama ada bater pekat atau bater cair.

13        TEPUNG UBI
T
epung ini dihasilkan daripada ubi kayu. Hasil daripada tepung ini agak liat. Biasanya sedikit tepung gandum ditambah untuk mengurangkan kadar keliatan kuih yang dihasilkan. Sesetengan adunan kuih ditambah dengan sedikit tepung ubi untuk menghasikan kuih yang lebih kenyal dan enak.

14.       TEPUNG SAGU
T
erhasil daripada sagu pokok rumbia. Banyak terdapat di pantai timur, Sabah dan Sarawak. Fungsinya sama seperti tepung ubi malah kuih muih dihasilkan daripada tepung sagu lebih enak berbanding tepung ubi, Digunakan untuk membuat keropok lekor dan amplang.

15.       TEPUNG JAGUNG
T
epung ini berfungsi untuk memekatkan kuah dan merangupkan biskut. Boleh juga diugakan untuk menyadur makanan bergoreng seperti udang dan ayam .

16.       TEPUNG KASTARD
T
epung ini berfungsi memadatkan tekstur kek. Seringkali digunakan untuk membuat puding atau sos manis. Terdapat dipasaran dalam versi segera yang hanya perlu dicampur air atau susu sahaja.

17.       TEPUNG KANJI GANDUM
T
epung ini dihasilkan daripada kanji gandum digunakan untuk membuat dumpling, dim sum, dan kuih muih tradisi kaum Cina.





18.       TEPUNG UBI KENTANG

T
epung kentang dibuat dari kentang keseluruhan ( termasuk kulit ) . Kentang boleh jadi mentah atau dimasak . Caranya ialah kentang kering kemudian dikisar menjadi tepung atau kentang yang dikisar halus.
Hasilnya ialah, tepung berwarna krim yang berat dengan rasa kentang . Tepung ini mudah menyerap cecair, jadi ia berfungsi dengan baik apabila dimasukkan ke dalam campuran tepung tanpa gluten dalam jumlah yang kecil, biasanya untuk membuat roti dan bingka. Terlalu banyak tepung kentang dalam resipi akan menyebabkan produk siap menjadi padat dan melekit . Sebagai contoh ,  muffin dengan terlalu banyak tepung kentang tidak akan masak sepenuhnya. Biasanya tepung ini digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Ini, tepung kentang ialah pilihan terbaik dalam resipi roti tanpa gluten.





19.       TEPUNG KANJI KENTANG

K
anji kentang adalah kanji tepung putih halus , sama seperti tekstur untuk tepung jagung . Jika anda tidak berhati-hati apabila bekerja dengan ketika aktiviti menimbang tepung kanji kentang ini, seluruh dapur ada akan menjadi seperti  jerebu...
Ia dibuat daripada komponen kanji kentang kering yang dikupas . Ia tidak mempunyai rasa kentang sesuai untuk pelbagai resipi , manis atau tidak manis.
Ia juga merupakan pemekat besar dalam kuah , sos , dan dalam kastard serta puding , yang biasanya menggunakan tepung jagung .Ini adalah berita baik untuk individu yang mempunyai alahan dengan jagung,
TETAPI , jika anda menggunakan kanji kentang sebagai pemekat untuk cecair ( seperti kuah atau sos ) , di sini adalah tip yang sangat berguna : Tidak seperti tepung jagung , cecair pekat dengan kanji kentang tidak boleh direbus . Kanji kentang hilang akan keupayaan untuk memekat apabila direbus.



20.       TEPUNG KACANG HIJAU

D
ibuat daripada biji kacang hijau.Tepung ini digunakan untuk membuat putu kacang, koleh kacang, tepung gomak dan lain-lain. Sekarang tak perlu lagi bersusah payah menggoreng kacang hijau dan menumbuk menggunakan lesung kayu. Semuanya ada dikedai.



K
ebiasaannya kita akan mengayak tepung sebanyak 3 kali untuk memerangkap udara selain daripada mengelakan terdapatnya benda asing yang tidak diingin  yang terdapat dalam tepung.
Untuk menghasilkan bahulu atau bahulu gulung yang ringan dan cantik  tepung gandum dijemur, disangai atau dibakar sebentar dalam ketuhar, pastikan jangan sampai hangus.
Walau tepung jenis apa, atau petua yang diamalkan pengetahuan membuat kuih lebih penting. Walau sebaik manapun kualti tepung yang digunakan tetapi jika anda langsung tiada kemahiran mungkin tidak berbaloi.....Sebenarnya ada banyak jenis tepung lagi yang digunakan dalam masakan ada tepung Ata, tepung roti canai, tepung kacang kuda, tepung kacang pis. Cukuplah setakat ini sahaja yang Che Ta kongsikan.

Terima kasih kerana sudi menjengah ke sini, segala yang baik datang dari Allah yang buruk saya cuba hindari Insya Allah....
           




Tiada ulasan:

Catat Ulasan