Blogger Widgets

Isnin, 21 Oktober 2013

DONUT PINTAL CHE TA


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang cintakan dunia masakan.....

Minggu ini pelajar-pelajar tingkatan 3 yang tamat PMR merasa bosan tak tahu nak buat apa. Program yang dijalankan tidak menarik minat mereka. Che Ta cadangkan kepada mereka untuk membuat donut, kerana semua bahan-bahan ada dalam peti sejuk makmal masakan kecuali yis. Donut ni simple dan gebu. tak payah guna telur. Cuma perlu uli dengan kemesraan dan kasih sayang. Lagi satu nak ajar budak-budak supaya suka memasak kita tak boleh cerewet sangat...biarlah saiz tak sama ke, tertumpah ke...biarkan anak-anak ini enjoy membuat aktiviti...Nah tengoklah hasilnya....




Bahan-bahan
500gram tepung gandum (jenama apa pun boleh)* kalau nak donut jadi warna putih guna tepung high Protein 
2 sudu besar majerin
3 sudu besar susu tepung (susu cair pun boleh, susu segar pun boleh, susu pekat manis pun boleh)
3 sudu besar gula pasir (jika guna susu pekat manis guna 1 sudu )
Gula kastor secukupnya (untuk menyalut donut)
11gram yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 cawan air

Cara Menyediakan:

1. Campurkan mauripan dan gula di dalam satu mangkuk bancuh menggguna air suam.  Biarkan sehingga keluar bau yang masam.

2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lubang ditengahnya,  susu dan majerin. Masukkan bancuhan yis mauripan dengan gula. Adun mesra kesemua bahan.


3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. 
4. Uli adunan hingga doh sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.





5.Bulat-bulatkan doh sama besar sebanyak 3 butir, uli sehingga menjadi bentuk seperti di atas dan tekan di bahagian hujung dengan jari. Pintal doh seperti membuat tocang rambut.


6. Bentuknya lebih kurang seperti gambar atas, pintallah ikut suka hati. kalau nak terap pun boleh tapi sekali    sekala ubah bentuk anak-anak pun teruja...Susun doh yang siap dipintal ke dalam dulang yang telah ditabur tepung . Jarakkan sussunan doh supaya tidak melekat antara satu dengan lain apabila doh mengembang.


7. Biarkan doh ini naik dan kembang sekali ganda. Bolehlah di goreng dengan api panas sederhana. Jika ingin disimpan doh ini boleh dimasukkan ke dalam ketuhar sebentar atau goreng sebentar.Bila sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara dan disimpan ditempat dingin beku.

8. Goreng sehingga berwarna keperang-perangan. Jika menggunakan tepung high protein donut yang digoreng akan berwarna putih.
Salutkan donut dengan gula kastor secukup manis...kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.....

Ini hasil daripada pelajar saya macam-macam bentuk mereka buat mengikut kreativiti setelah gagal memintal. Biarlah asalkan  mahu mencuba dan hasilnya boleh dimakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan