Blogger Widgets

Jumaat, 29 November 2013

UDANG MASAM MANIS






Udang, nak masak apa ya? Kadangkala jadi buntu, tak tahu nak masak apa sedangkan ada beribu-ribu resepi yang boleh diguna pakai...Che Ta pun bila ada udang asyik-asyik masak lemak, masak sambal dan masak tom yam ....mari cuba resepi ni, sedap, senang dan murah. Anak-anak pasti suka...








Bahan-bahan:
500 gm udang (saiz besar) -kalau dapat udang galah lagi best
4 ulas bawang putih -cincang
1 labu bawang besar
20 gm halia (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris) -kalau nak pedas guna cili padi
3 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil cuka - Che Ta guna cuka kurma
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu besar kicap pekat
Daun bawang (potong panjang)
daun Ketumbar - hiris halus
Sedikit minyak bawang putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1) Terlebih dahulu goreng udang yang telah digaul garam dan kunyit. Bila              warna udang bertukar kemerahan boleh angkat .
2) Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili merah hingga naik            bau.
3) Kemudian masukkan sos tomato, kicap cair dan pekat. Kemudian masukkan     cuka, garam dan gula.
4) Masukkan udang tadi dan minyak bawang putih. Tumis sehingga udang             masak.
5) Taburkan daun bawang dan daun ketumbar sebelum menghidang.

SELAMAT MENCUBA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan