Blogger Widgets

Ahad, 1 Disember 2013

SOTONG GORENG TEPUNG








Sahabat-sahabat yang sukakan makanan laut sebagai hidangan minum petang bolehlah cuba resepi ni . Hidangan minum petang tidak terhad kepada kuih muih yang manis-manis sahaja tetapi boleh digantikan dengan hidangan savouri yang kaya dengan protein untuk anak-anak. Untuk ibu-ibu dan ayah-ayah yang mengidap penyakit ghaout tu bawa-bawa lah bersabar. Sambil masak berzikirlah memohon supaya masakan kita memberi kesihatan yang baik kepada keluarga. Jika anda ingin menggunakan tepung tempura atau tepung berperisa untuk menggantikan tepung gandum, tidak perlulah menggunakan serbuk kari, garam dan serbuk perasa. Apa yang penting teknik menyalutkan tepung ke sotong pada cara memasak no 2 harus betul. Tangan kanan mengambil sotong dan tangan kiri pula mestilah kering dan memegang tepung serta membalik-balikkan tepung ke sotong. Jika silap tepung akan melekat ke jari tetapi tidak melekat pada sotong. Sayangnya tak ada photo yang Che Ta upload....nanti bila ada Che Ta akan update ye.....

Waktu memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 6 orang
BAHAN-BAHAN:
  • 3 ekor sotong besar |dihiris setebal 1/2 inci
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 biji telur 
  • 100 gm tepung gandum
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul sotong bersama tepung jagung, telur, serbuk kari dan serbuk perasa sehingga sebati. 
2. Ambil sotong satu persatu dan lumurkan bersama tepung gandum. 
3. Panaskan minyak dan goreng sotong dengan api sederhana sehingga garing. 
4. Apabila masak angkat dan sedia dihidangkan. Cicah dengan sos cili Thai...sedappppp

SELAMAT MENCUBA ~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan