Blogger Widgets

Ahad, 7 Disember 2014

Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream


Rujukan : Pautan Kasih

Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 



Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 
Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susuTekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manisKegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibukaJenama di Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak, MauriDimana Saya boleh mencarinya ? : Dikedai-kedai Bekalan Bakery & di Pasaraya .Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan. 


Kandungan : 
Pepejal susu
Tekstur : 
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : 
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : 
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? : 
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature




UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

Tiada ulasan:

Catat Ulasan