Blogger Widgets

Khamis, 3 Oktober 2013

AYAM MASAK KICAP DENGAN CENDAWAN


Assalamualaikum....
Peminat-peminat masakan yang budiman. Anak-anak memang sukakan ayam. Kadangkala kita buntu tak tahu nak masak apa? Asyik-asyik ayam goreng. Apa kata kita cuba resepi ni. Che Ta dapat dari Majalah Saji...tak beli pun. Che Ta pinjam daripada Kak Ton, belek-belek tengok best juga resepinya bahan-bahan mudah didapati dan cara nak masak pun mudah.


BAHAN-BAHAN
5 ketul peha ayam
2 keping tauhu  (Che Ta suka tauhu lembut)
1 mangkuk kecil cendawan shitake kering - direndam (boleh rujuk gambar atas)
1 paket cendawan inoki
2 cm halia muda-hiris nipis
5 ulas bawang putih-dititik ( nak hiris pun boleh)
3-5 tangkai cili padi-hiris nipis (ikut suka kalau nak pedas boleh tambah)
Kicap cair masin-secukup rasa
1 camca besar sos tiram
1 kiub stok pati ayam
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa (rasa dahulu sebelum letak garam kerana masin kicap sudah memadai)
1/4 cawan air

CARA MENYEDIA:
  • Panaskan minyak & masukkan bawang putih dan halia lalu tumis sehingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan ayam dan biarkan masak sebentar.
  • Seterusnya, masukkan kicap cair masin & tambahkan sedikit air. Biarka seketika. Jika ayam kurang masak dan masakan kelihatan kering boleh tambah air.
  • Masukkan cendawan shitake , inoki & cili padi. Perlahankan api supaya ayam tidak hangus.
  • Taburkan kiub ayam dan kacau sebati.
  • Masukkan tauhu dan tutup kuali sebentar sehingga ayam masak.
  • Perasakan masakan dengan sos tiram, garam dan gula.
  • Masak sehingga kuah pekat.


SELAMAT MENCUBA






Tiada ulasan:

Catat Ulasan