Blogger Widgets

Khamis, 3 Oktober 2013

PECAL CHE TA


Assalamualaikum...

Hari ni  semasa melayan FB, terbaca post Hani, rakan sekerja yang bercadang nak buat pecal. Maka timbullah idea nak share resepi  Pecal kegemaran suami...maklumlah orang Jawa. Setiap kali balik kampung asyik kempunan nak makan pecal air tangan mak dia. Sebagai isteri kenalah belajar masakan mak mentua. Che Ta dah buat pecal ni tapi suami kata kurang menjadi, ye lah mana nak sama air tangan orang Jawa tambahan air tangan ibu ya tak???Mak Che Ta kata ok je, Che Ta pun rasa ok je.
Apa-apa pun I have try the best. Masa upload gambar baru perasan gambar tu tak lengkap...so Che Ta mohon pinjam dulu gambar dari Mr. Google.


Pesan Che Ta untuk ibu-ibu, bila anak-anak balik kampung sekali sekala, masakkanlah makanan kegemaran anak-anak...


Bahan-bahan 

  • 1 kilo kacang tanah
  • 20 tangkai cili kering - dibelah dgn gunting memanjang utk buang biji 
  • 10 tangkai cili padi-(kalau tak nak pedas tak perlu guna)
  • 15 biji bawang merah .
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 cm persegi belacan - digoreng dgn sedikit minyak hingga wangi
  • beberapa ketul ibu cekur
  • 1 sudu 'asam jawa extra' kalau yg berbiji tu,kena lah buang biji nya
  • garam & gula secukup rasa.

  • Sayuran:
  • pucuk ubi, pucuk paku, tauge, kangkung, nangka  muda, kobis, kacang panjang , paku rawan (apa- apa sahaja sayur yang disukai) dipotong2 & dicelur
  • beberapa keping tahu - digoreng
  • timun  - dihiris

  • Cara Membuat:
  1. Goreng kacang hingga ranggup, 
  2. Seterusnya goreng cili & bawang2.
  3. Ketika bahan goreng masih panas, tumbuk bersama cekur,garam & belacan.boleh juga dimesin dengan blender. tetapi lebih rasanya akan lebih enak jika ditumbuk sebab ia akan jadi sebati, & sebahagian kacang telah keluar minyaknya sehingga sambal pecal itu boleh dikepal.
  4. Simpan sambal, bila nak makan, ambil semangkuk & dibancuh dgn air panas,bancuh pekat2 sebab bila dah bercampur sayur-sayuran nanti,air sayur akan mencairkn sikit sambal tu
  5. Semasa menhidang curahkan sambal keatas sayur2 yg disukai.

  • SELAMAT MENCUBA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan