Blogger Widgets

Khamis, 3 Oktober 2013

ONDE-ONDE LABU


Assalamualaikum
Sambil duduk-duduk membelek majalah Saji keluaran Mei 2013, teringat pula soalan pelajar-pelajar saya tentang perbezaan onde-onde dengan buah Melaka. Kebiasaannya buah Melaka diperbuat daripada tepung pulut manakala onde-onde pula daripada keledek.Ada sesetengah tempat onde-onde merujuk kepada kuih yang diperbuat daripada tepung pulut atau keledek, berinti kacang hijau atau kelapa yang bersadur bijan.
Kali ini Che Ta kongsi resepi dari majalah Saji untuk tatapan semua:


Bahan-bahan:
150 gm labu-potong dadu
250 gm tepung pulut
100 ml air
100 gm gula Melaka
250 gm kelapa parut putih + garam secukup rasa-kukus
Secubit garam

Cara Penyediaan:
  • Labu dipotong dadu dan rebus hingga lembut.

  • Lecek labu hinga halus
  • Masukkan tepung pulut, garam kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola kecil.
  • Leperkan doh dan letakkan sedikit gula Melaka di tengah-tengahnya kemudian bulatkan kembali.
  • Dalam periuk didihkan air. masukkan bebola labu dan masak sehingga timbul.
  • Angkat bebola lab dan toskan.
  • Golekkan bebola labu di atas kelapa parut yang telah dikukus.
SELAMAT MENCUBA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan