Blogger Widgets

Isnin, 21 Oktober 2013

DONUT PINTAL CHE TA


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang cintakan dunia masakan.....

Minggu ini pelajar-pelajar tingkatan 3 yang tamat PMR merasa bosan tak tahu nak buat apa. Program yang dijalankan tidak menarik minat mereka. Che Ta cadangkan kepada mereka untuk membuat donut, kerana semua bahan-bahan ada dalam peti sejuk makmal masakan kecuali yis. Donut ni simple dan gebu. tak payah guna telur. Cuma perlu uli dengan kemesraan dan kasih sayang. Lagi satu nak ajar budak-budak supaya suka memasak kita tak boleh cerewet sangat...biarlah saiz tak sama ke, tertumpah ke...biarkan anak-anak ini enjoy membuat aktiviti...Nah tengoklah hasilnya....




Bahan-bahan
500gram tepung gandum (jenama apa pun boleh)* kalau nak donut jadi warna putih guna tepung high Protein 
2 sudu besar majerin
3 sudu besar susu tepung (susu cair pun boleh, susu segar pun boleh, susu pekat manis pun boleh)
3 sudu besar gula pasir (jika guna susu pekat manis guna 1 sudu )
Gula kastor secukupnya (untuk menyalut donut)
11gram yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 cawan air

Cara Menyediakan:

1. Campurkan mauripan dan gula di dalam satu mangkuk bancuh menggguna air suam.  Biarkan sehingga keluar bau yang masam.

2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lubang ditengahnya,  susu dan majerin. Masukkan bancuhan yis mauripan dengan gula. Adun mesra kesemua bahan.


3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. 
4. Uli adunan hingga doh sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.





5.Bulat-bulatkan doh sama besar sebanyak 3 butir, uli sehingga menjadi bentuk seperti di atas dan tekan di bahagian hujung dengan jari. Pintal doh seperti membuat tocang rambut.


6. Bentuknya lebih kurang seperti gambar atas, pintallah ikut suka hati. kalau nak terap pun boleh tapi sekali    sekala ubah bentuk anak-anak pun teruja...Susun doh yang siap dipintal ke dalam dulang yang telah ditabur tepung . Jarakkan sussunan doh supaya tidak melekat antara satu dengan lain apabila doh mengembang.


7. Biarkan doh ini naik dan kembang sekali ganda. Bolehlah di goreng dengan api panas sederhana. Jika ingin disimpan doh ini boleh dimasukkan ke dalam ketuhar sebentar atau goreng sebentar.Bila sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara dan disimpan ditempat dingin beku.

8. Goreng sehingga berwarna keperang-perangan. Jika menggunakan tepung high protein donut yang digoreng akan berwarna putih.
Salutkan donut dengan gula kastor secukup manis...kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.....

Ini hasil daripada pelajar saya macam-macam bentuk mereka buat mengikut kreativiti setelah gagal memintal. Biarlah asalkan  mahu mencuba dan hasilnya boleh dimakan.



KHASIAT CUKA KURMA



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni Che Ta kongsi tentang cuka. Di dapur kita pasti tersimpan cuka yang digunakan untuk memasak, menyimpan barangan kaca, atau mengilatkan cermin.

Semasa mennghadiri kelas memasak nasi Arab yang dianjurkan oleh Ustazah Wan Habsah, beliau telah berkongsi ilmu tentang kebaikan cuka kurma. Cuka kurma digunakan untuk membuat sambal harrah untuk sambal Nasi Mandy lebih kurang seperti sambal nasi ayam

Cuka kurma ialah cuka yang dihasilkan dari pohon kurma, cuka nipah yang banyak terdapat dinegara kita memang dihasilkan oleh pokok nipah. Cuka padi pula Che Ta dah tanya pakcik google tetapi tak jumpa maklumat terperinci.Manakala cuka epal dihasilkan daripada buah epal.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” 
Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.



KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN, 

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM 

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfa'at untuk mengatasi;

1) masalah gastrik di perut,

2) masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),

3) mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

4) Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

5)Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, 6) membersihkan usus (membuang toksik di perut),

7) menguatkan sistem perut (masalah buasir), 8) menghilangkan masalah dahaga (panas badan),

9) mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), 10) membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.Cara Penggunaan: 

1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.

2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…


Rawatan Sihir: 

1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh

2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun.

Nak beli cuka kurma senang sahaja , kalau di sekitar Sungai Petani, Kedah cuka ni boleh dibeli di Fatimah Bakery (bukan promosi ye...). Atau cari sahaja jualan atas talian...tak perlu nak susah-susah bawa balik dari Timur Tengah.

JOM KITA TUKAR CUKA BIASA KEPADA CUKA KURMA.....