Blogger Widgets

Isnin, 21 Julai 2014

KETUPAT PALAS

Ketupat Palas memang sedap dimakan , sekarang nak makan senang je, di pasar malam selalu ada orang jual, sedap dengan tak sedap je. Che Ta dulu rajin juga tolong mak, mak kata Che Ta bungkus ada ketupat jantan ada yang betina, ah belasah je, janji ketupat tu boleh dimakan dan dijamin halal....Che Ta selalu tempah je...tak larat nak buat sampai 2-3 kilo (malas tak nak cakap)
Yang teringin nak buat guna air tangan sendiri kat bawah ni ada resepi...tapi tulah resepi Che ta mak bagi jenis agak2 je...mak pula kuat benar lemaknya

Bahan Bahan

1 kilo beras pulut
1 kg santan- kalau guna pati santan tambah air supaya tidak terlalu lemak
2 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya

garam secukup rasa

Cara membuatnya

Basuh bersih beras pulut sebersih-bersihnya dan kemudian tuskan.

Kelapa  tadi di perah dan ambil santan pekatnya.

Kemudian, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau hingga ia mendidih.

Masukkan pula pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.


Yang Ni Ketupat belum masak....


Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.


Ketupat siap nak makan......
Gambar ni pinjam dulu ketupat Che Ta belum rebus...sedang membeku dalam freezer.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.



#Ketupat ni boleh simpan setahun tau tapi kenalah bekukan...kalau letak tempat biasa dalam peti sejuk nanti bercendawan...Che Ta pernah campak 2 kilo ketupat yang ditempah kerana bercendawan dah la mahal nak mampus.. pulut kita bagi, daun kita bagi....oops sorry termengata pula ..ampun ampun ampun....kali ni tempah pada mak mentua rakan sekerja...Cikgu Hafsah Jamaludin, memang bestla ketupat dia.....

Yang tak sempat tempah tu ambillak resepi ni ya.....

Selamat mencuba

BADAK BERENDAM

Hai apa khabar?  Hari ni nak share resepi Badak Berendam.  Cerita bab kuih Badak Berendam yang namanya tak berapa nak menyelerakan, yang mana terbayang seekor haiwan yang tak berapa nak comel sedang berendam dalam lumpur......
Suatu hari tu Che Ta pergi ke pasaraya G yang popular terpandanglah paket uang tertulis Tepung Pulut Hitam, maka terbayanglah nak buat badam berendam guna tepung Pulut Hitam konon nak share dengan kawan2 yang rajin tengok resepi (tak buat pun) hi hi hi ampunnn kawan-kawan....balik punyalah semangat nak buat resepi terbaru...Che Ta pun letak tepung dalam mangkuk dan adun guna tangan...hujung jari sebenarnya sebab nak anak2 dan suami merasa air tangan (ni lah rahsia Che Ta supaya anak2 dan suami sentiasa nak makan masakan kita) Tapi jari terasa hangat, dan baunya seperti serbuk koko...hati terasa tak sedapdah tapi sebab nak surprise anak2 dan suami Che ta teruskan juga. Masa mengadun dan uli tengok doh semacam je...lain benar teksturnya (orang selalu masak tau la....)ah teruskan lah...malas nak buat inti kelapa Che ta hiris gula Melaka, masa rebus tu Uools doh tak timbul2 dan bila angkat doh tak berkilat sebaliknya kerepot semacam je....nak tunjuk gambar malu pulakkkkk....Kemudian Che Ta buahlah kuah dia alahai tercairlah pulak, ah lantaklah....lebih kurang Kuih Butir Nangka jadinya, belasah je...
   
      Bila siap anak yang umur ^ tahun tu tanya kenapa kuih mama color hitam? Tak bestla...Marissa suka yang selalu mama buat warna merah hijau... ala ingatlah pulak budak ni....Che Ta kata, mama saja tukar2 color. Lepas dia rasa dia kata kuih mama tak sedap...ala sentaplah pulak jiwa seorang ibu...tapi Uolls memang SUMPAH tak sedap...jadi kesimpulannya janganlah beli Tepung Pulut Hitam kat pasaraya...kalau beli kat kedai runcit boleh mintak ganti rugi..siap bagi tauke kedai makan perabis kuih kita yang tak jadi......

Ni Resepi Badak Berendam....


Gambar Pinjam je, Che Ta tak ada gambar....


Bahan-bahan:

2 cawatepung pulut
10 helai daun pandan, diambil airnya(pekat)
1 biji kelapa, 1/2 biji diparut dibuat inti dan 1/2 biji lagi diambil santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasirSecukup air 
Sedikit garam

Cara membuat:

1.  Ambil tepung pulut di bancuh bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan.
2. Masak kelapa parut bersama gula merah dan garam sehingga menjadi inti. 
3. Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. 
4. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. 
5. Kemudian kukus hingga masak.

#bekas tu ikut suka lah nak buat dengan daun pisang ke, nak letak dalam mangkuk plastik ke... 
Selamat mencuba..