Blogger Widgets

Jumaat, 27 September 2013

SUP PEMBAKAR LEMAK TANPA KALORI

Sup Pembakar Lemak ini sangat sesuai untuk mereka yang hendak menurunkan berat badan dengan lebih efektif.  Selamat mencuba.. 


Bahan-bahan:
3-6 Bawang besar bombay
10 Biji tomato segar
1 Carrot
1 Celery 
1 Bunga Kobis
2 Biji lada capsicium hijau
Air


Cara menyediakan:
Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk.

P/S: Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.


Sup pembakar lemak ini dapat diambil setiap saat ketika merasa lapar - makanlah sebanyak yang diinginkan dan sesering yang anda mahu, kerana sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh sama sekali. Makanlah sebanyak yang anda inginkan.
 

Semakin banyak sup yang anda makan, semakin besar lemak anda yang terbakar.

Anda juga dapat memakan ayam yang direbus atau dipanggang (tanpa kulit) menggantikan daging. Sekiranya anda terpaksa mengambil ubat-ubatan selama masa diet, jangan bimbang, ia tidak akan mengganggu program ini sendiri. 


Jika anda lebih menyukai ikan dibandingkan daging, anda dapat menukar menu daging dengan ikan.


NASI AYAM BERMADU


Ayam Madu: 
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut 
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Dikisar: 
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara menyediakan:
1)  Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.

2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.

3)  Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.

4) Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

Nasi Ayam: 
4 pot beras basmathi extra long (pot rice cooker) - basuh dan rendam 2 jam
1 ekor ayam - potong 4
1 cawan susu segar
2 helai daun pandan
1 sk kunyit
1 kiub pati ayam
Garam
Minyak sapi untuk menumis
4 pot + 1 mangkuk besar air - untuk nasi dan juga sup ayam

Bahan Tumis:
1 inci halia - hiris batang mancis
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih -hiris
1.5 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan tumis hingga wangi dan keperangan.
2. Kemudian masukkan air dan ayam. Reneh hingga mendidih dan ayam 1/2 masak. Angkat dan toskan ayam.
3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan beras yang telah dibasuh, sup ayam secukupnya (sama sukatan dengan beras) dan semua bahan-bahan lain tidak termasuk ayam.
4. Tanak seperti memasak nasi biasa.

Sambal Cili:
3-4 biji cili merah
3-4 biji cili api
1/2 inci halia
4 ulas bawangn putih
Garam dan gula
2 sk cuka makan.

Cara menyediakan:
Blend semua sekali hingga halus. Rasakan secukup rasa. Boleh tambah sedikit air masak jika blender susah nak putar.

Sambal Kicap:
2 cawan sup ayam
3-4 ulas bawang putih - cincang
2 sb sos tiram
3 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan  minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga perang.
2. Masukkan semua bahan lain dan renehkan sehingga mendidih.
3. Hidangkan bersama nasi ayam.

PETUA DI DAPUR CHE TA 2

 Assalamualaikum sahabat-sahabat yang rajin ke dapur. Kali ni Che Ta bagi beberapa tips lain pula untuk kita amalkan di dapur untuk mengelakkan pembaziran....

Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan  perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi  pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan  limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.
 

Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.

Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
 

•  Merasa Makanan di Bulan Puasa
1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.

2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis
 

Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.
 

Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.
 

•  Mengelakkan Bau Hangit Nasi
1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.

2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

•  Nasi Lambat Basi

1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
 

•  Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.

Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahnya sukatannya sama dengan sukatan beras.
 

Memilih Telur
Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat. Apabila digoncang dalamnya padat.

Mengelakkan Telur Rebus Pecah

1. Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air.
2. Masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas/plastik ke dalam periuk.

•   Menghilangkan Hanyir Telur Goreng
1. Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.
2. Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.

•  Telur Tahan Lama

1. Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
2. Susunkan telur secara menonggeng (yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.

PETUA D DAPUR CHE TA 1

ASSALAMUALAI RAKAN-RAKAN CHE TA.....
Sebagai wanita dapur adalah dunia kita di sini Che Ta kongsikan petua-petua yang Che Ta kumpul dari pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan untuk seisi keluarga....

  •  Mengekalkan Kesegaran Sayuran 
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

Mencuci Kerang Dengan Mudah

Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.

Jemput-jemput  Sentiasa Lembut

Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.• Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.

•  Ikan Tidak Melekat Dikuali

Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

•  Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
 

•  Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama

Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama


SELAMAT MENCUBA

RESEPI MEMBUKA SALUR DARAH JANTUNG TERSUMBAT

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat.
  
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan: 
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal (sebarang jenama)

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

gambar hiasan