Blogger Widgets
Memaparkan catatan dengan label AYAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AYAM. Papar semua catatan

Isnin, 14 Oktober 2013

AYAM PERCIK


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang rajin memasak....
Masa Che Ta buat nasi kerabu Pantai Timur try buat ayam percik masuk dalam microwave 4 ketul je...Encik Suami Mr Zin kata sedap sangat ...buat pula sikit tak puas makan katanya. Che Ta buat sekali lagi try guna belanga roti canai pula...
Che Ta masak ni dengan Mak...dia nak tumbuk semua bahan, tak mau guna mesin.
Bahan-bahan:

Bahan A
5-6 ketul peha ayam-dikelar/potong (Kalau panggang atas bara api tak payah potong)
2 keping asam keping
1 liter santan cair
2 cawan pati santan
garam & gula secukup rasa

Bahan B
10 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
3 btg serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
20 tangkai cili kering
Sedikit belacan
(kisar /tumbuk semua bahan B)


CARA-CARA:




Mula-mula sediakan bahan B (senang ajekan...nak tumbuk boleh , nak blend pun boleh. Che Ta tumbuk...bukan Che Ta tapi mak Che Ta. Kalau tumbuk akan kelihatan kasar sedikit tapi permintaan bonda, ikut je la)



















Dalam kuali yang boleh memuatkan 5-6 ketul peha ayam masukkan santan cair, diikuti bahan kisar.


Beginilah rupa bahan kisar yang disatukan dengan santan cair. Kerana bahan ni Che Ta tumbuk maka kelihatanlah kekasaran cilinya timbul dipermukaan santan. Didihkan sebentar. Masukkan asam keping. Jangan lupa kacau...sambil-sambil tu mulut jangan berleter. Bacalah zikir apa yang patut....


















Peha ayam bersihkan betul-betul, bimbang dengan bakteria salmonella. Pastikan pisau potong ayam dan papan pemotong ni dicuci betul2 sebelum digunakan untuk makanan lain .... ilmu mesti ada , jangan main hentam aje. Peha ni nak potong boleh , tak nak pun tak apa. Kalau tak potong semasa hidang kelihatan lebih menyelerakan...Che Ta potong kepada dua..senang nak makan.


Bila merenih masukkan ayam...kalau tak ada peha , mana-mana bahagian ayam pun boleh. Ikut kegemaran masing-masing. Nak letak seekor ayam pun boleh. Ok, masa ni kena kacau dan kalih-kalihkan ayam sehingga kuah pekat dan ayam masak separuh.

Tuangkan pati santan mengikut tahap kesihatan anda. Lebih pekat lebih umphhh...kalau pening kepala sendiri tanggung. Nak memekatkan kuah ada orang letak tepung beras. Che Ta suka guna oat, tapi oat tu kena kisar sekali dengan bahan kisar. Kali ni sebab masak dengan mak, semua original tak ada sebarang tambahan. Masukkan garam dan gula ikut rasa. Che Ta suka kuah ni manis-manis sedikit. Jangan lah manis macam pengat pisang pula....kalau suka madu boleh letak madu. Madu lebah tau! bukan berMADU...Che Ta bab ni sentap sikit...bukan nak menghalang hukum Allah tapiii tu lah, Che Ta ni insan biasa....ha masa ni lah nak pikat suami masak sedap-sedap


Bila kuah dah likat....angkat dan letak atas kuali roti canai, Che Ta ikut arahan mak. Anda nak guna pemanggang ajaib ke, periuk ajaib ke ikut suka...nak alas dengan aluminium foil pun boleh, nak bungkus daun pisang pun boleh. jangan kata Che Ta tak bagi tau....sebenarnya lagi 2 ketul ayam Che Ta panggang dalam mirowave 3 minit aje...kalau nak garing set 10 minit...ikut arahan mikrowave jenama kat rumah masing2 lerrr...

Bebinilah rupa ayam percik Che Ta yang tak ada sebarang hiasan...kalau nak hias make sure hiasan tu boleh dimakan...dan memang akan dimakan. Ingat membazir tu amalan syaitan...kalau masak lebih tu hantarlah ke rumah jiran dan saudara mara atau mereka yang serba kekurangan. Kita kat rumah hari-hari makan ayam, ada orang nak makan ayam sebulan sekali pun susah..... 

SELAMAT MENCUBA 




Khamis, 3 Oktober 2013

AYAM MASAK KICAP DENGAN CENDAWAN


Assalamualaikum....
Peminat-peminat masakan yang budiman. Anak-anak memang sukakan ayam. Kadangkala kita buntu tak tahu nak masak apa? Asyik-asyik ayam goreng. Apa kata kita cuba resepi ni. Che Ta dapat dari Majalah Saji...tak beli pun. Che Ta pinjam daripada Kak Ton, belek-belek tengok best juga resepinya bahan-bahan mudah didapati dan cara nak masak pun mudah.


BAHAN-BAHAN
5 ketul peha ayam
2 keping tauhu  (Che Ta suka tauhu lembut)
1 mangkuk kecil cendawan shitake kering - direndam (boleh rujuk gambar atas)
1 paket cendawan inoki
2 cm halia muda-hiris nipis
5 ulas bawang putih-dititik ( nak hiris pun boleh)
3-5 tangkai cili padi-hiris nipis (ikut suka kalau nak pedas boleh tambah)
Kicap cair masin-secukup rasa
1 camca besar sos tiram
1 kiub stok pati ayam
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa (rasa dahulu sebelum letak garam kerana masin kicap sudah memadai)
1/4 cawan air

CARA MENYEDIA:
  • Panaskan minyak & masukkan bawang putih dan halia lalu tumis sehingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan ayam dan biarkan masak sebentar.
  • Seterusnya, masukkan kicap cair masin & tambahkan sedikit air. Biarka seketika. Jika ayam kurang masak dan masakan kelihatan kering boleh tambah air.
  • Masukkan cendawan shitake , inoki & cili padi. Perlahankan api supaya ayam tidak hangus.
  • Taburkan kiub ayam dan kacau sebati.
  • Masukkan tauhu dan tutup kuali sebentar sehingga ayam masak.
  • Perasakan masakan dengan sos tiram, garam dan gula.
  • Masak sehingga kuah pekat.


SELAMAT MENCUBA