Blogger Widgets
Memaparkan catatan dengan label SNEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SNEK. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2014

MURTABAK









Murtabak mmmm Che Ta memang suka. Selalu kalau beli di pasar Ramadan hampeh bawang je yang berlambak. Bila komplen ada yang kata nak isi lebih buat la sendiri.....so marilah kita sahut cabaran tu.....
Che Ta sukakan daging lembu berbanding ayam. Kalau guna daging lembu anda boleh la beli daging kisar Ramli atau membeli dagig segar. Sama ada nak kisar atau dipotong dadu ikut kegemaran masing-masing. Begitu juga daging ayam, jika kita ptong dadu keenakan isi ayam akan terasa semasa kita makan murtabak ini.

BAHAN KULIT:
  • 1kg tepung gandum
  • 2 biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • 750ml air
  • 125ml minyak masak
BAHAN INTI:
  • 1kg daging ayam | dihiris
  • 2kg bawang besar | dihiris halus
  • 2 batang putih | dihiris halus
  • 3cm halia | dihiris halus
  • 100gm rempah kurma
  • 6 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Minyak sapi secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga wangi.
3. Selepas itu masukkan rempah kurma. Kacau sehingga garing dan naik bau.
4. Kemudian masukkan isi ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk membuat kulitnya, gaul tepung gandum, telur, minyak dan air yang dituang sedikit-sedikit sehingga sebati.
6. Uli sehingga menjadi doh. Bentuk bulat seberat 60gm. Salut dengan minyak sapi, atau minyak kelapa. Biarkan doh semalaman atau sehingga dohnya mengembang.
7. Selepas itu bentuk doh tersebut dan tebar macam roti canai.Tapi Che Ta tak pandai tebar. Belajar dengan arwah nenek dan mak, guna talam.
8. Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan letakkan kulit martabak tersebut. Letakkan  letakkan inti. Lipat.
9. Selepas itu di atas lapisan seterusnya, letakkan inti. Lipat lagi. Lakukan sehingga tiga lapisan.
10. Selepas itu balik-balikkan dan bila sudah kekuningan, bolehlah diangkat.
11. Sedia dihidangkan.
12. Lupa pula...intinya dimasukkan ke dalam mangkuk dan pecahkan sebiji telur dan gaul sebati. Mengikut bapa saudara yang pernah berniaga murtabak ni, untuk satu biji murtabak kena guna sebiji telur...Kalau anda nak bungkus murtabak macam biasa tak perlulah buat 3 lapis macam di atas. Bagi rakan-rakan yang pentingkan kesihatan anda boleh menambah kubis, lobak merah,kentang atau kacang pis ke dalam bahan inti. rasanya akan bertambah sedap.....tepuk dada tanya selera cik Abang. 

SELAMAT MENCUBA




Isnin, 2 Disember 2013

KENTANG PUTAR & SOS LADA HITAM

Cadangan dekorasi hidangan





Apa khabar, nak buat mashed potato ke? Anak-anak Che Ta memang sukakan kentang . Apa sahaja hidangan yang terdapat kentang mereka amat suka. Sebagai ibu kita kenalah selalu menukarkan menu makanan kegemaran. Kita boleh buat potato wedges, jemput-jemput kentang, bergedil, belotok dan macam-macam lagi. Sekali lagi pinjam gambar dari website, gambar dalam simpanan dah melayang entah kemana...Kalau nak buat kentang putar cuba resepi ni. Kalau 1st time buat kena hati-hati sebab takut terlebih lembik. Kalau tak ada minyak zaiton majerin biasa pun boleh guna. Mentega bawang putih boleh dibeli , kalau nak buat sendiri senang mentega + serbuk bawang putih. Cuma krim tu wajib kalau tak ada sangat gunalah susu UHT  tapi tuang sedikit demi sedikit sehingga mendapat kentang yang kental. Kalau nak beli krim baca dulu label dia . Beli yang plain ye....Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil ,sos lada hitam ni agak pedas jadi bolehlah dikurangkan penggunaan lada hitam atau diletakkan hanya ketika makan , supaya anak-anak kecil boleh menikmati menu yang sama tapi tidak pedas.



Waktu memasak: 60 minit
Saiz hidangan: 3 orang
BAHAN-BAHAN:
  • 8 biji ubi kentang | direbus ~ nak cepat empuk buang kulit dan potong dadu
  • Minyak zaitun secukupnya
  • 1/4 cawan krim
  • Mentega bawang putih secukupnya
  • Garam secukup rasa
  
BAHAN SOS:
  • 2 biji bawang kecil | dihiris halus
  • 1/2 sudu makan serbuk bawang putih ~ boleh guna bawang putih yang dicincang halus
  • 250ml krim 
  • 250ml air rebusan daging ~ boleh guna kiub pati daging
  • Lada hitam secukup rasa ~serbuk halus atau kasar ikut citarasa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan oat~ untuk memekatkan sos (boleh gantikan dengan tepung gandum)
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahan sos, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan. Setelah mendidih masukkan oat. Kacau sehingga sebati dan menjadi pekat. Ketepikan.
2. Untuk membuat kentang putar pula, didihkan ubi kentang selama 15 minit hingga 20 minit.
3. Seterusnya apabila kentang sudah empuk, keluarkan air dan masukkan minyak zaitun, krim dan mentega bawang putih. Hancurkan menggunakan pelecek atau kisar.Perasakan dan digaul sehingga sebati.
4. Akhir sekali, hidangkan kentang putar bersama sos lada hitam. Untuk menghidang boleh cedok menggunakan scop ais krim . Sedia untuk dinikmati bersama ayam goreng, daging bakar atau sosej panggang. Tambahkan khasiat dengan meletakkan rebusan baby carrot dan brokoli.


  • Boleh taburkan parsley flakes atau mix herbs ke atas kentang putar
  • Untuk menambah keenakan sos anda boleh tambahkan hirisan cendawan butang ketika memasak.



SELAMAT MENJAMU SELERA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG



SANDWICH AYAM


Gambar Hiasan





Selamat pagi, semoga ceria-ceria selalu. Sandwich memang sesuai dijadikan makanan bekal. Anak-anak selalu merungut asyik-asyik sandwich sardin, tuna dan telur. Apa kata kita tukar kepada sandwich ayam. Kalau nak sedap isi ayam ini diperap semalaman dengan apa sahaja bahan perapan yang disukai anak-anak. Boleh digril dahulu kemudian baru dihiris. Sebagai isteri dan ibu kita kena bijak dan kreatif menghasilkan masakan. Sandwish ayam ini berkhasiat, mengandungi kabohidrat, protein dan vitamin. Merupakan hidangan sepinggan lengkap sesuai untuk sarapan pagi, makanan berkelah atau untuk makanan bekal. Gandingan 2 jenis roti hanyalah cadangan Che Ta, jika anda sukakan roti hotdog, roti burger atau tortilla terserah ikut selera masing-masing...kreativiti terletak di tangan anda


Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan untuk : 6 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 3 keping roti sandwich- putih  | disapu mentega                               
  • 3 keping roti sandwich wholemeal | disapu mentega
  • 6 keping ayam isi ayam | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • i biji timun  Jepun     | dipotong kiub kecil
  • 1 biji tomato     | dibuang bijinya dan dipotong kiub kecil
  • 2 sudu makan mayones
  • 2 sudu makan sos thousand island
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. Gaulkan isi ayam bersama serbuk lada hitam dan sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan isi ayam tadi dan kacau rata. Biarkan masak selama enam hingga lapan minit. Angkat dan asingkan.
  4. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan mayones, sos thousand island, timun dan tomato. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, sapukan campuran mayones tadi di atas roti dan letakkan isi ayam. Tutup roti dan sedia untuk dihidangkan.
* Timun dan tomato boleh dihiris nipis jika suka dan tambahlah daun salad hijau dan ungu untuk hiasan. Kalau nak pedas boleh tambah cili merah.  

SELAMAT MENCUBA ~ SEMOGA ANDA AKAN BERTAMBAH DISAYANGI SUAMI & ANAK-ANAK


Ahad, 1 Disember 2013

CREAM CHEESE CRACKER









Selamat bercuti hujung tahun. Sambil mencari-cari resepi baru untuk dicuba terjumpa resepi ni dalam website majalah rasa. Kalau buat untuk minum petang atau sajian untuk tetamu pasti sedap. Snek ni sesuai untuk mereka yang rajin memasak dan rajin bersenam. Hmmmm kalau dikira tinggi juga kalori, tapi setakat sepotong apalah salahnya kan.....resepi ni boleh diubahsuai dengan menambah serbuk milo + kopi segera pada setiap lapisan atau jika tiada nestum boleh diganti dengan cornflake yang dikisar atau pun koko cruch. Ikut selera masing-masing. Nak jadi ibu hebat mestilah kreatif 

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm krim keju
  • 400gm biskut keju ~ cheese craker 
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 300gm nestum
  • 500ml susu cair
CARA MEMASAK:
1. Pukul krim keju hingga kembang.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis dan pukul lagi hingga sebati.
3. Tuangkan satu senduk adunan ke dalam loyang, kemudian taburkan nestum di atasnya.
4. Celupkan biskut di dalam susu cair dan susun rapat-rapat di atas nestum tadi.
5. Lakukan proses ini, lapisan demi lapisan hingga adunan habis.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 6 jam.
7. Sedia dinikmati.

SELAMAT MENCUBA ~ JADILAH IBU YANG HEBAT DI MATA ANAK-ANAK