Blogger Widgets

Isnin, 2 Disember 2013

KENTANG PUTAR & SOS LADA HITAM

Cadangan dekorasi hidangan





Apa khabar, nak buat mashed potato ke? Anak-anak Che Ta memang sukakan kentang . Apa sahaja hidangan yang terdapat kentang mereka amat suka. Sebagai ibu kita kenalah selalu menukarkan menu makanan kegemaran. Kita boleh buat potato wedges, jemput-jemput kentang, bergedil, belotok dan macam-macam lagi. Sekali lagi pinjam gambar dari website, gambar dalam simpanan dah melayang entah kemana...Kalau nak buat kentang putar cuba resepi ni. Kalau 1st time buat kena hati-hati sebab takut terlebih lembik. Kalau tak ada minyak zaiton majerin biasa pun boleh guna. Mentega bawang putih boleh dibeli , kalau nak buat sendiri senang mentega + serbuk bawang putih. Cuma krim tu wajib kalau tak ada sangat gunalah susu UHT  tapi tuang sedikit demi sedikit sehingga mendapat kentang yang kental. Kalau nak beli krim baca dulu label dia . Beli yang plain ye....Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil ,sos lada hitam ni agak pedas jadi bolehlah dikurangkan penggunaan lada hitam atau diletakkan hanya ketika makan , supaya anak-anak kecil boleh menikmati menu yang sama tapi tidak pedas.



Waktu memasak: 60 minit
Saiz hidangan: 3 orang
BAHAN-BAHAN:
  • 8 biji ubi kentang | direbus ~ nak cepat empuk buang kulit dan potong dadu
  • Minyak zaitun secukupnya
  • 1/4 cawan krim
  • Mentega bawang putih secukupnya
  • Garam secukup rasa
  
BAHAN SOS:
  • 2 biji bawang kecil | dihiris halus
  • 1/2 sudu makan serbuk bawang putih ~ boleh guna bawang putih yang dicincang halus
  • 250ml krim 
  • 250ml air rebusan daging ~ boleh guna kiub pati daging
  • Lada hitam secukup rasa ~serbuk halus atau kasar ikut citarasa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan oat~ untuk memekatkan sos (boleh gantikan dengan tepung gandum)
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahan sos, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan. Setelah mendidih masukkan oat. Kacau sehingga sebati dan menjadi pekat. Ketepikan.
2. Untuk membuat kentang putar pula, didihkan ubi kentang selama 15 minit hingga 20 minit.
3. Seterusnya apabila kentang sudah empuk, keluarkan air dan masukkan minyak zaitun, krim dan mentega bawang putih. Hancurkan menggunakan pelecek atau kisar.Perasakan dan digaul sehingga sebati.
4. Akhir sekali, hidangkan kentang putar bersama sos lada hitam. Untuk menghidang boleh cedok menggunakan scop ais krim . Sedia untuk dinikmati bersama ayam goreng, daging bakar atau sosej panggang. Tambahkan khasiat dengan meletakkan rebusan baby carrot dan brokoli.


  • Boleh taburkan parsley flakes atau mix herbs ke atas kentang putar
  • Untuk menambah keenakan sos anda boleh tambahkan hirisan cendawan butang ketika memasak.



SELAMAT MENJAMU SELERA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG



SANDWICH AYAM


Gambar Hiasan





Selamat pagi, semoga ceria-ceria selalu. Sandwich memang sesuai dijadikan makanan bekal. Anak-anak selalu merungut asyik-asyik sandwich sardin, tuna dan telur. Apa kata kita tukar kepada sandwich ayam. Kalau nak sedap isi ayam ini diperap semalaman dengan apa sahaja bahan perapan yang disukai anak-anak. Boleh digril dahulu kemudian baru dihiris. Sebagai isteri dan ibu kita kena bijak dan kreatif menghasilkan masakan. Sandwish ayam ini berkhasiat, mengandungi kabohidrat, protein dan vitamin. Merupakan hidangan sepinggan lengkap sesuai untuk sarapan pagi, makanan berkelah atau untuk makanan bekal. Gandingan 2 jenis roti hanyalah cadangan Che Ta, jika anda sukakan roti hotdog, roti burger atau tortilla terserah ikut selera masing-masing...kreativiti terletak di tangan anda


Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan untuk : 6 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 3 keping roti sandwich- putih  | disapu mentega                               
  • 3 keping roti sandwich wholemeal | disapu mentega
  • 6 keping ayam isi ayam | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • i biji timun  Jepun     | dipotong kiub kecil
  • 1 biji tomato     | dibuang bijinya dan dipotong kiub kecil
  • 2 sudu makan mayones
  • 2 sudu makan sos thousand island
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. Gaulkan isi ayam bersama serbuk lada hitam dan sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan isi ayam tadi dan kacau rata. Biarkan masak selama enam hingga lapan minit. Angkat dan asingkan.
  4. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan mayones, sos thousand island, timun dan tomato. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, sapukan campuran mayones tadi di atas roti dan letakkan isi ayam. Tutup roti dan sedia untuk dihidangkan.
* Timun dan tomato boleh dihiris nipis jika suka dan tambahlah daun salad hijau dan ungu untuk hiasan. Kalau nak pedas boleh tambah cili merah.  

SELAMAT MENCUBA ~ SEMOGA ANDA AKAN BERTAMBAH DISAYANGI SUAMI & ANAK-ANAK