Blogger Widgets
Memaparkan catatan dengan label KUIH TEMPATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH TEMPATAN. Papar semua catatan

Isnin, 21 Julai 2014

BADAK BERENDAM

Hai apa khabar?  Hari ni nak share resepi Badak Berendam.  Cerita bab kuih Badak Berendam yang namanya tak berapa nak menyelerakan, yang mana terbayang seekor haiwan yang tak berapa nak comel sedang berendam dalam lumpur......
Suatu hari tu Che Ta pergi ke pasaraya G yang popular terpandanglah paket uang tertulis Tepung Pulut Hitam, maka terbayanglah nak buat badam berendam guna tepung Pulut Hitam konon nak share dengan kawan2 yang rajin tengok resepi (tak buat pun) hi hi hi ampunnn kawan-kawan....balik punyalah semangat nak buat resepi terbaru...Che Ta pun letak tepung dalam mangkuk dan adun guna tangan...hujung jari sebenarnya sebab nak anak2 dan suami merasa air tangan (ni lah rahsia Che Ta supaya anak2 dan suami sentiasa nak makan masakan kita) Tapi jari terasa hangat, dan baunya seperti serbuk koko...hati terasa tak sedapdah tapi sebab nak surprise anak2 dan suami Che ta teruskan juga. Masa mengadun dan uli tengok doh semacam je...lain benar teksturnya (orang selalu masak tau la....)ah teruskan lah...malas nak buat inti kelapa Che ta hiris gula Melaka, masa rebus tu Uools doh tak timbul2 dan bila angkat doh tak berkilat sebaliknya kerepot semacam je....nak tunjuk gambar malu pulakkkkk....Kemudian Che Ta buahlah kuah dia alahai tercairlah pulak, ah lantaklah....lebih kurang Kuih Butir Nangka jadinya, belasah je...
   
      Bila siap anak yang umur ^ tahun tu tanya kenapa kuih mama color hitam? Tak bestla...Marissa suka yang selalu mama buat warna merah hijau... ala ingatlah pulak budak ni....Che Ta kata, mama saja tukar2 color. Lepas dia rasa dia kata kuih mama tak sedap...ala sentaplah pulak jiwa seorang ibu...tapi Uolls memang SUMPAH tak sedap...jadi kesimpulannya janganlah beli Tepung Pulut Hitam kat pasaraya...kalau beli kat kedai runcit boleh mintak ganti rugi..siap bagi tauke kedai makan perabis kuih kita yang tak jadi......

Ni Resepi Badak Berendam....


Gambar Pinjam je, Che Ta tak ada gambar....


Bahan-bahan:

2 cawatepung pulut
10 helai daun pandan, diambil airnya(pekat)
1 biji kelapa, 1/2 biji diparut dibuat inti dan 1/2 biji lagi diambil santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasirSecukup air 
Sedikit garam

Cara membuat:

1.  Ambil tepung pulut di bancuh bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan.
2. Masak kelapa parut bersama gula merah dan garam sehingga menjadi inti. 
3. Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. 
4. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. 
5. Kemudian kukus hingga masak.

#bekas tu ikut suka lah nak buat dengan daun pisang ke, nak letak dalam mangkuk plastik ke... 
Selamat mencuba..

Selasa, 3 Disember 2013

KUIH JONGKONG CHE TA

chetasukamasak.blogspot.com








Kuih jongkong ni biasa dengar nama tapi tak pernah buat . Tiba-tiba mak teringin nak makan. Nak beli tak pernah jumpa pun orang jual. Mau tak mau kena ajak mak buat sama-sama. Rumah pula tak ada pokok pisang, Che Ta guna daun pisang hiasan (musa velutina) yang di tanam di tepi rumah Mak. Boleh la daripada ada orang yang rumah dia ada pokok pisang, ada buah pisang, ada jantung pisang dan ada daun pisang tapi tak reti masak dan malas masak.......jangan malas-malas ye......

Macam biasalah pesanan Che Ta, nak ambil daun pisang pun mulakanlah dengan Bismillah jangan lupa tau...nak masak apatah lagi.....
gambar pinjam

Bahan-bahan:~

3 cwn tepung beras
3 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa

1 cawan air daun pandan
2 ketul gula melaka
Garam seukup rasa


Cara:-
  1.  Tepung beras campurkan dengan air daun pandan & santan (kacau sebati). Kalau pekat tambah air sedikit demi sedikit.


  • Masakkan bahan no. 1 dlm periuk dengan api yang perlahan . (Kacau seperti memasak bubur som-som)


  • Bila adunan sudah likat dan berkilat seperti gambar, tutupkan api. Biarkan sejuk.
  • Racik-racik kan gula melaka.





  • Gunting daun pisang yang telah dilayur mengikut saiz yang dikehendaki.
  • Letakkan adunan , tuang gula merah yang telah diracik  dan tutup semula dengan adunan tepung. Kalau suka manis boleh lebihkan gula.
  • Bungkus seperti membungkus tapai. Che Ta guna stapler sebab tak ada lidi. Sebaik-baiknya sematkan dengan lidi.

  • Lepas tu kukuslah selama 1/2 jam.

  • Bila dah masak kalau buka masa panas macam ni lah rupanya.....


Tapi kalau sabar sikit tunggu sejuk, mmmm kalau nak sedap sejukkan dalam peti sejuk baru sedap dimakan. Cer korang tengok gambar kat bawah ni, bila sejuk kuihnya akan lebih membeku, dan yang bestnya air gula akan berlinangan kat bawahnya......



# yang tak ada daun pisang don't worry .....boleh letak dalam bekas plastik dan ikut prosedur yang sama. Hendak seribu daya....Nampak gayanya 1st time buat jadila resepi ni...agak lembik sikit tapi boleh la. Tepung beras yang Che Ta guna tu tepung beras campuran yang dah siap campur tepung jagung. Jadi kalau korang beli tepung beli yang siap campur , senang tak payah campur-campur tepung lain.

SELAMAT MENCUBA~ 



Selasa, 19 November 2013

KUIH KOCI KELEDEK

Assalamualaikum....

Dah lama tak update blog ni....sibuk betul dengan menghadap laptop memasukkan markah ko kurikulum pelajar. Sambil menunggu baik buat kuih. Kuih koci keledek ni cadangan emak Che Ta. Keledek yang digunakan untuk membuat onde-onde keledek masih berbaki jadi mak Che Ta kata buatlah kuih Koci. Selalu sangat guna tepung pulut kali ni biarlah ada kelainan.
Bangga sungguh dengan emak semenjak muda sampai sekarang dah bertongkat masih fikir tetang masak memasak. Nak buat senang aje sama macam nak buat onde-onde. Kuih Melayu ni nama je berbeza, sedangkan bahan-bahannya sama aje semua menggunakan bahan tempatan.

Bahan-bahan Doh

2 cawan keledek lecek (anggaran 2-3 biji yg sedang)
2-3 cawan tepung pulut
sedikit garam
secukupnya daun pisang yg di layurkan
minyak secukupnya

Bahan inti


1/2 biji kelapa parut (putihnya je)
1 cwn gula merah/melaka
3 sb gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit air


Bahan Kuah
1 cawan pati santan
garam secukup rasa
(Masak santan hingga pekat danmasukkan garam)

Cara-Cara.


UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH

1. Keledek di rebus dan toskan.Lecek halus dan jadikan 2 cawan.


2. Campurkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga sebati.


3. Bulatkan ikut suka dan isikan inti dan bulatkan semula.Kalau tak nak bulat-bulatkan pun tak apa,     guna sudu masukkan inti sama seperti meletakkan ini kuih badak.


4. Ambil daun pisang yg telah dilayurkan dan sapu minyak.
5. Letak adunan doh yg telah siap tadi kedalam daun pisang , tuangkan pati santan ke atas doh         dan bungkus semula.


6. Setelah siap kukus selama 40 minit.


7. Angkat dan biarkan sejuk. 



Beginilah rupanya kuih koci keledek Che Ta, rupanya tak adalah cantik mana tapi yang penting rasa. Bila dan maintain rasa boleh la kita perbaiki rupa.....Hasilnya banyaklah juga 2 hari makan tak habis. Kawan-kawan kalau setakat nak makan sepuluh biji boleh kurangkan kuantiti bahan. Agak-agak aje tak sukat pun tak apa......

SELAMAT MENCUBA........




Jumaat, 4 Oktober 2013

ONDE-ONDE KELEDEK





Assalamualaikum....
Kali ni Che Ta bagi resepi Onde-Onde keledek. Sukatannya lebih kurang sama dengan onde-onde labu. Kuih tempatan ni sebenarnya boleh agak-agak sahaja, tak perlu sukatan asas. Nenek moyang kita dahulu mana ada sukat-sukat...kalau ada pun guna sukatan cawan dengan mangkuk aje...Resepi ni pun kena tengok jenis keledek yang dipilih. Che Ta ni obsess dengan warna ungu so masakan pun pilih warna yang sama. keledek ungu ni lembut sdikit berbanding keledek kuning. Bila anda nak masukkan tepung agak-agak dah tak melekat kat tangan tu maknanya ok la...Kalau terlebih sedikit tepung pun tak mengapa kerana onde-onde keledek ni tahap liatnya kurang sedikit berbanding buah Melaka....Ingat!!! nak mula masak jangan lupa baca Bismillah...

Bahan-bahan:
150 gm keledek-potong dadu
250 gm tepung pulut
100 ml air
100 gm gula Melaka
250 gm kelapa parut putih + garam secukup rasa-kukus
Secubit garam

Cara Penyediaan:
  • Keledek dipotong dadu dan rebus hingga lembut.

  • Lecek keledek hingga halus
  • Masukkan tepung pulut, garam kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.

  • Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola kecil.

  • Leperkan doh dan letakkan sedikit gula Melaka di tengah-tengahnya kemudian bulatkan kembali.
  • Dalam periuk didihkan air. masukkan bebola keledek dan masak sehingga timbul.



  • Angkat bebola keledek dan toskan.

  • Golekkan bebola keledek di atas kelapa parut yang telah dikukus.

SELAMAT MENCUBA.....

Khamis, 3 Oktober 2013

ONDE-ONDE LABU


Assalamualaikum
Sambil duduk-duduk membelek majalah Saji keluaran Mei 2013, teringat pula soalan pelajar-pelajar saya tentang perbezaan onde-onde dengan buah Melaka. Kebiasaannya buah Melaka diperbuat daripada tepung pulut manakala onde-onde pula daripada keledek.Ada sesetengah tempat onde-onde merujuk kepada kuih yang diperbuat daripada tepung pulut atau keledek, berinti kacang hijau atau kelapa yang bersadur bijan.
Kali ini Che Ta kongsi resepi dari majalah Saji untuk tatapan semua:


Bahan-bahan:
150 gm labu-potong dadu
250 gm tepung pulut
100 ml air
100 gm gula Melaka
250 gm kelapa parut putih + garam secukup rasa-kukus
Secubit garam

Cara Penyediaan:
  • Labu dipotong dadu dan rebus hingga lembut.

  • Lecek labu hinga halus
  • Masukkan tepung pulut, garam kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola kecil.
  • Leperkan doh dan letakkan sedikit gula Melaka di tengah-tengahnya kemudian bulatkan kembali.
  • Dalam periuk didihkan air. masukkan bebola labu dan masak sehingga timbul.
  • Angkat bebola lab dan toskan.
  • Golekkan bebola labu di atas kelapa parut yang telah dikukus.
SELAMAT MENCUBA