Blogger Widgets

Khamis, 26 Disember 2013

NASI AMBENG


NASI AMBENG
Assalamualaikum , 
Anda pernah makan nasi ambeng??? Nasi ambeng ni adalah hidangan istimewa masyarakat Jawa. Lauk pauk pauk biasanya ayam masak kicap, rempeyek,  tempe, sambal goreng, mee atau bihun goreng. serunding, urap dan sambal goreng.Biasanya dihidangkan dalam dulang. Che Ta pun dah lama tak merasa nasi ambeng ni. Sekarang dah ada restoren2 yang menyajikan nasi ambeng tetapi tak banyak. Kalau dah teringin sangat kenalah buat sendiri...


NASI AMBENG

Bahan Utama

1. Nasi putih- masaklah seperti biasa menggunakan rice cooker….untuk 5-6 orang

Urap kacang panjang + pucuk ubi

Segenggam pucuk ubi-rebus dan toskan
8-10 batang kacang panjang
segenggam taugeh
kelapa parut muda ½ biji
bawang merah
udang kering -segenggam
cili merah & cili padi
10 helai Daun cekur
garam secukup rasa

Cara-cara

1.Tumbuk cili merah,cili padi,bwg merah,bwg putih,ikan bilis hingga lumat.

2.Tumiskan bhn2 yg tlh ditumbuk hingga naik bau.

4.Masukkan kelapa parut muda.Tambah garam & gaul rata hingga kelapa masak.

5.Masukkan kacang panjang,pucuk ubi & taugeh serta hirisan daun cekur.

SERUNDING KELAPA
Bahan-bahannya:
1 biji kelapa diparut -ambil yang putih sahaja
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
sedikit udang kering @ikan bilis
1 sudu jintan manis
1 sudu ketumbar
sedikit air asam jawa
garam
gula merah
Sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya:

Kisar bawang putih,bawang merah, serai, udang kering, jintan manis dan ketumbar
gaulkan bahan kisar, air asam garam dan gula serta serbuk kunyit dengan kelapa.
Panaskan minyak..goreng kelapa tadi hingga kering.

SAMBAL GORENG JAWA

2 bungkus tempe dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
2 ketul tahu dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
2 biji kentang dipotong dadu. kemudian digoreng. asingkan
kacang panjang dipotong serong
soo hoon dan tauhu kering direndam
3 biji bawang besar. dihiris halus
4 ulas bawang putih. dihiris halus
3 biji cili merah dihiris. boleh tambah cili padi sukakan pedas
Ikan bilis (nak tambah udang segar pun boleh jugak)
serbuk lada sulah

Cara-cara

1.Goreng bawang besar, bawang putih,ikan bilis, lada besar yg sudah dihiris. dan garam secukup rase

2.Kacau hingga naik bau & agak layu bawang2 tadi dan kemudian masukkan udang
tabur serbuk lada sulah dan kacau

3.Kemudian masukkan kacang panjang.
pastikan sayur tidak terlalu masak. masukkan tempe, kentang, tauhu yg sudah digoreng. kacau lagi.

4.Akhir sekali masukkan soh hoon dan tahu kering.
jika ingin rasa yg berlemak boleh masukkan santan. gaul hingga kering.
boleh juga ditambah sayur lain spt carrot, kobis. boleh juga dicampur kicap. sambal goreng adalah menu wajib dalam nasi ambang.

AYAM KICAP JAWA

1 ekor ayam-potong2-goreng 1/2 masak
5 biji bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1/2 in halia-kisar
1 sudu besar cili boh
1 bawang besar-potong bulat

2 biji cili merah
1 batang serai-ketuk
kicap secukupnya
1/2 mangkuk santan pekat
kayu manis, cengkih, pelaga n bunga lawang

Tumis rempah tumis, cili boh dan bahan kisar, hingga wangi. masukkan serai n cili merah. masukkan kicap, gaul rata. masukkan ayam n gaul rata. masukkan santan, didihkan..biar sekejap, angkat.

Mee goreng

1 peket mee kuning
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 biji cili merah-hiris
ikan bilis secukupnya
kicap,garam dan gula
sedikit sawi dan taugeh


Cara-caranya

Tumiskan bahan-bahan hiris hingga naik bau kemudian masukkan kicap pekat sedikit,garam dan gula serta sawi.gaul rata kemudian masukkan mee kuning ..goreng hingga masak. Akhir sekali masukkan taugeh

Hidangkan seperti dalam gambar....




SELAMAT MENCUBA