Blogger Widgets

Khamis, 5 Disember 2013

Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

chetasukamasak.blogspot.com






Apa khabar orang yang sedang membaca? Nak masak ikan patin ye? Che Ta dulu tak gemar ikan patin ni, tapi entahlah bila usia semakin matang selera pun berubah. nak dapat ikan patin yang fresh dan tak hanyir susah juga kalau tak tinggal di negeri Pahang. Ikan patin sekarang di Tesco pun ada cuma kualiti mungkin tak sama. Che Ta bukan orang Pahang jadi tak pasti pula apa perbezaan rasa ikan Patin Pahang berbanding yang terdapat di negeri lain. Hanya orang pahang sahaja yang boleh jawab. Kalau tak suka ikan Patin anda boleh ganti dengan ikan siakap...kalau beli ikan siakap belilah di pasar atau pasaraya yang sudi menyiangnya....Gambar ni ambik dari majalah Rasa.



Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
 
  
Bahan-bahan:
2 ekor ikan patin
250 ml santan
3 batang serai (ketuk)
4 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Daun kesum ~ jika suka


Bahan dikisar: 
5 ulas bawang merah ~ kalau tak suka tak perlu 
10 tangkai cili padi ~ kalau nak pedas boleh tambah
2 cm kunyit hidup

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa dan garam.
2. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.
3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.
4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.
5. Kacau semula selama 10 minit kemudian tambahkan garam secukup rasa. Jangan lupa kacau ikut       lawan jam sambil berzikir...

*Kalau tak suka tempoyak tak payah letak tempoyak. Masakan ni akan jadi masak lemak biasa.


SAMBAL TAHUN KERANG

chetasukamasak.blogspot.com






Hari ni abah beli kerang dengan santan. Mak pun sibuk calling-calling tanya nak masak apa? Bila tanya Mr Husband nak tak buat sambal tahun dia kata ok. Sambal tahun ni sejenis masakan jawa. Rasa pedasnya mak datuk boleh meleleh air mata. Tapi Che Ta buat tak adalah sampai anak-anak tak boleh makan....kata orang kalau masak jangan lah syok sendiri. Masa balik kampung Raya yang lalu mak mentua ada masak setelah beberapa tahun tak merasa sambal tahun ni, tapi entah apa yang tersilap rasanya betul-betul macam minyak angin . Kesian pula kat Mr Hubby kempunan...
Paling kelakar masa masak ni Che Ta hiris lengkus nipis tapi kepingannya agak lebar. Nasib baik belum tumis rupa-rupanya lengkuas tu dihiris seperti batang mancis, katanya lengkuas tu dimakan sekali bukan sekadar perencah....

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm isi kerang
  • 200gm cili padi~ separuh ditumbuk jika nak pedas
  • 300gm lengkuas muda | dihiris seperti batang mancis (yg ni Mr Husband yang hiris)
  • 100gm ikan bilis | dikisar
  • 10 biji bawang merah | dikisar
  • 6 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 biji kelapa parut | diambil santannya
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Masukkan hirisan lengkuas, , cili padi dan biarkan hingga lengkuas masak.
3. Setelah itu masukkan kerang dan juga santan. Biarkan mendidih dengan api sederhana.
4. Masukkan  asam keping , garam dan gula secukupnya. Kacau rata hingga sebati.

Sambal lebih enak dinikmati sehari atau beberapa hari selepas disediakan dengan cara menghangatkan kembali.





PESAN RASULULLAH S.A.W BUAT SUAMI-SUAMI..

Satu ketika Rasulullah s.a.w masuk kerumah Saidina Ali Karramallahu.Wajhah.  Baginda s.a.w  mendapati Ali sedang sibuk membersihkan kacang.  Maka bginda s.a.w bersabda : Jika seorang suami membantu isterinya di dlm mengerja urusan r/tangga, maka Allah redha kepadaNya.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Seorang Lelaki yg bekerja keras utk memenuhi keperluan keluarganya adalah tidak ubah seperti seorangg mujahid yg berperang di jalan Allah.”
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Membantu isteri merupakan kaffarah dosa besar, dan memadam kemarahan Allah”


Terima Kasih suamiku tercinta Jefrizin Abd Rahman kerana sentiasa membantu isterimu ini menguruskan rumahtangga...Alhamdulillah

SELAMAT MENCUBA