Blogger Widgets

Ahad, 7 Disember 2014

TEPUNG AJAIB KEK COKLAT




Tepung Ajaib Kek Coklat memudahkan kerja-kerja membuat kek. Tidak memerlukan kepandaian, tidak perlu berkursus dan tidak memerlukan alatan yang canggih.  Hanya tambah dua biji telur sahaja. Kek di bawah ini Che Ta hanya guna whisk sahaja , langsung tak guna mixer.Lihatlah hasilnya.






Untuk yang berminat bolehlah hubungi Che Ta dgn sms atau wassup 
017 4424880
Harga 1 pack Tepung ialah RM14.90
Pos 1-2 pack RM6.00
      3-4pack RM9.00
     
Agen diperlukan di seluruh negara

TEKNIK MEMBUAT CREAM PUFF @ CHOUX PASTRY

Krim puff @ choux pastry. Kali ni buat 4 adunan baru mantop tak ada lagi yg kemek kepek hi hi hi. Memang Che Ta tak jemu mencuba. Terdapat banyak resipi krim puff ni ada yang menggunakan majerin..mentega dan ada juga yang menggunakan minyak. Mula-mula membuat cream puff memang agak mengecewakan. Kerap kali puff yang mula-mula mengembang akan mengecut dan turun. Krim Puff sepatutnya mengembang...dan dalamnya seharus kering dan ringan. Puff yang cantik sepatutnya berongga di dalam...ha..ha..so bagaimana menghasilkan puff sedemikian. Rahsianya terletak kepada teknik-teknik berikut :- Adapted from Chef Azli.






1. Ratio antara air, butter dan tepung

Sukatannya harus betul. Kali ni saya menggunakan sukatan asas seperti berikut :

200 gm mentega
500 ml air
300 gm tepung
8 biji telur
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh gula kastor
1 sudu teh garam kuih

2. Teknik membancuh

Ikhsan Google
Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih.

Ikhsan Goggle
Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat

Ikhsan Goggle
Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.

Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali. Sekiranya terlalu cair anda perlu mencampurkan sedikit lagi tepung dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.

3.Teknik Memasukkan Telur

Ikhsan Google

Adunan tepung seharusnyasejuk dahulu sebelum anda campurkan dengan telur. Pastikan ia betul-betul sejuk. Fungsi telur dalam choux pastry membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya.

Masukkan telur satu persatu dan dikacau sebati. Adunan yang dikacau perlu kelihatan licin dan berkilat.

Ikhsan Goggle
Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry.

Fungsi air untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry. 






3. Teknik Membakar

Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 220 C pada 15 minit awal pembakaran. 

Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rogga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi. 

Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry dan jangan sekali membuka oven ketika choux pastry tengah memasak.






Ikut teknik insyallah choux pastry anda akan cantiklah kejadiannya.

IKAN SARDIN NOXXA

Assalamualaikum sahabat2 yang rajin ke dapur sekalian.
Hari ni Che Ta kongsi resepi periuk noxxa dari seorang yang sangat Che Ta sanjungi. Yang berminat dengan periuk noxxa ini bolehlah hubungi saya melalui wassup 017 4424880
Resepi Ustazah Wan Habsah.....


Sardin buat sendiri.

Jom buat sendiri :
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
1 sdt Serbuk lada putih.
Air secukupnya.
Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).

Cara :



1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.






Sedia untuk dihidangkan dengan Nasi Putih.. Sedap sangat..
ALHAMDULILLAH.

Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.


Gambar pun saya share hak mlik Ustazah Wan Habsah

GULAI IKAN TALANG MASIN

Bahan-bahan:
- 500gm tulang talang masin
- 2 bungkus rempah kari ikan
- 1/2 biji nenas, dipotong
- 4 cawan santan pekat
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2cm kulit kayu manis
- 6 biji bawang merah, mayang halus
- 4 ulas bawang putih, dimayang halus
- 4 cm halia, dimayang halus
- 4 keping asam keping
- 1 tangkai daun kari
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya


Cara menyediakan:

1. Tulang ikan talang telah direndam lebih kurang 1 jam, untuk kurangkan masin.
1. Bancuh rempah kari bersama sedikit air. Masukkan tulang talang bersama air rempah kari ke dalam periuk. Biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan santan dan nenas. Masukkan asam keping dan perasakan secukupnya. Apabila mendidih, padam api dan asingkan.
3. Seterusnya panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan pula bahan bahan yang dimayang dan ditumis hingga naik bau.
5. Masukkan bahan tumis ke dalam gulai tulang ikan talang masih panas tadi dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream


Rujukan : Pautan Kasih

Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 



Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 
Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susuTekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manisKegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibukaJenama di Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak, MauriDimana Saya boleh mencarinya ? : Dikedai-kedai Bekalan Bakery & di Pasaraya .Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan. 


Kandungan : 
Pepejal susu
Tekstur : 
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : 
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : 
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? : 
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature




UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

RENDANG UDANG GALAH SALAI


Rendang Udang Galah Salai 

Bahan-bahan:
  • 1 kg udang galah(sederhana besar)
  • 50 gram serbuk kunyit
  • 100 gram bawang merah
  • 30 gram bawang putih (dikisar)
  • 50 gram buah keras (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 30 gram halia (dikisar)
  • 20 gram lengkuas (dikisar)
  • 20 gram kunyit hidup (dikisar)
  • 10 gram cili giling
  • 2 biji santan pekat
  • 50 ml air asam jawa
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Minyak secukupnya


Cara-cara:

  1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
  3. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
  5. Selamat mencuba!