Blogger Widgets
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN TRADISIONAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN TRADISIONAL. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Oktober 2013

JEWERAN



Assalamualaikum...
Sahabat-sahabat pernah makan Jeweran tak? Ada yang panggil tepung Jewer. Mak mentua saya panggil Jeweran. Makanan orang Jawa. Kalau orang Melayu mungkin panggil roti puree tapi sebenarnya tak sama. Puas Che Ta cari gambar dalam simpanan langkah pembuatan makanan ni tapi tak jumpa. Kuahnya boleh cicah gulai ayam, ikan, daging, sambal tumis dan apa-apa kuah macam yang kita cicah roti canai. Kebetulan semalam Che Ta masak kari dal dan ada lebih maka jadilah kuah tu sebagai gambar hiasan.
Ha kalau nak mula memasak jangan masam-masam muka, jagnan berleter yang utama baca doa.... barulah suami & anak-anak makan terasa enak air tangan kita....

Bahan-bahan ( 5 orang )
·         300 gm tepung gandum
·         segenggam kelapa parut
·         air suam di campur dengan sedikit garam untuk menguli
·         1 camb susu pekat manis(tak ada pun tak apa)
·         minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Campurkan tepung gandum, susu dan kelapa parut, tambah sedikit demi sedikit air suam + garam tadi dan uli sehingga menjadi doh, jika melekat tambah tepung gandum lagi  
  2.  Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong atau kalau lapar sangat besar bola tenis pun boleh. biarkan 1/2 jam dan tutup.
  3. Setelah 1/2 jam canai sebiji2 dan tabur tepung jika melekat. 
  4. Goreng dengan minyak yang betul2 panas , control api jika terlalu panas.

 SELAMAT MENCUBA

Khamis, 3 Oktober 2013

PECAL CHE TA


Assalamualaikum...

Hari ni  semasa melayan FB, terbaca post Hani, rakan sekerja yang bercadang nak buat pecal. Maka timbullah idea nak share resepi  Pecal kegemaran suami...maklumlah orang Jawa. Setiap kali balik kampung asyik kempunan nak makan pecal air tangan mak dia. Sebagai isteri kenalah belajar masakan mak mentua. Che Ta dah buat pecal ni tapi suami kata kurang menjadi, ye lah mana nak sama air tangan orang Jawa tambahan air tangan ibu ya tak???Mak Che Ta kata ok je, Che Ta pun rasa ok je.
Apa-apa pun I have try the best. Masa upload gambar baru perasan gambar tu tak lengkap...so Che Ta mohon pinjam dulu gambar dari Mr. Google.


Pesan Che Ta untuk ibu-ibu, bila anak-anak balik kampung sekali sekala, masakkanlah makanan kegemaran anak-anak...


Bahan-bahan 

  • 1 kilo kacang tanah
  • 20 tangkai cili kering - dibelah dgn gunting memanjang utk buang biji 
  • 10 tangkai cili padi-(kalau tak nak pedas tak perlu guna)
  • 15 biji bawang merah .
  • 7 ulas bawang putih
  • 3 cm persegi belacan - digoreng dgn sedikit minyak hingga wangi
  • beberapa ketul ibu cekur
  • 1 sudu 'asam jawa extra' kalau yg berbiji tu,kena lah buang biji nya
  • garam & gula secukup rasa.

  • Sayuran:
  • pucuk ubi, pucuk paku, tauge, kangkung, nangka  muda, kobis, kacang panjang , paku rawan (apa- apa sahaja sayur yang disukai) dipotong2 & dicelur
  • beberapa keping tahu - digoreng
  • timun  - dihiris

  • Cara Membuat:
  1. Goreng kacang hingga ranggup, 
  2. Seterusnya goreng cili & bawang2.
  3. Ketika bahan goreng masih panas, tumbuk bersama cekur,garam & belacan.boleh juga dimesin dengan blender. tetapi lebih rasanya akan lebih enak jika ditumbuk sebab ia akan jadi sebati, & sebahagian kacang telah keluar minyaknya sehingga sambal pecal itu boleh dikepal.
  4. Simpan sambal, bila nak makan, ambil semangkuk & dibancuh dgn air panas,bancuh pekat2 sebab bila dah bercampur sayur-sayuran nanti,air sayur akan mencairkn sikit sambal tu
  5. Semasa menhidang curahkan sambal keatas sayur2 yg disukai.

  • SELAMAT MENCUBA....