Blogger Widgets

Isnin, 18 November 2013

PAI TEE @ TOP HAT


Assalamualaikum....hujan kat luar mencurah-curah, perut pun mulalah minta diisi dengan kudapan. Kelongsong Pai Tee segera yang dibeli daripada rakan sekera Ustazah Rozia Hanis masih tersimpan elok dalam Tupperware. Dalam peti sejuk semua bahan-bahan inti pun ada apa lagi jom kita ber~Pai Tee bukan Party ye. Pai Tee ni juga dikenali sebagai Top Hat atau Singapore Pai. Sekali dengar macam Singa Popeye kan...




PAI TEE

Bahan - Bahan :

·                     7 sudu besar tepung beras
·                     1 sudu besar tepung ubi
·                     1 sudu besar tepung gandum
·                     1 biji telur
·                     Sedikit garam
·                     200ml air.

Bahan Untuk Inti :

·                     Carrot - dihiris nipis atau diracik
·                     Sengkuang - dihiris nipis atau diracik
·                     Kacang panjang~ hiris dadu kecil, jangan nipis sangat
·                     Bawang besar - di hiris dadu kecil.
·                     Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
·                     Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
·                     Udang kering - direndam dan ditumbuk
·                     Garam secukup rasa
Bahan Tabur:

·                     Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar
·                     Bawang goreng

Cara membuat Kulit Pai Tee:

1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kacau sebati.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.


5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.


7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan toskan. Untuk mendapat hasil yang cantik kena buat 2~3 kali baru menjadi. Kadangkala faktor tepung juga menyebabkan kelongsong tak menjadi

                           
Ini lah rupanya kelongsong yang dah siap
                                                                                                                    

Cara Membuat Inti:



1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api. 

2. Gaulkan hirisan carrot, kacang panjang dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa. sayuran ni kalau nak goreng sekejap pun boleh.



3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili  atau buatan sendiri (cili merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).



Selamat mencuba!!!

TIPS PENTING:

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.


NOTA TAMBAHAN:

1.             Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau tak nak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
2.            Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.


TRIFLE