Blogger Widgets
Memaparkan catatan dengan label UDANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UDANG. Papar semua catatan

Ahad, 7 Disember 2014

RENDANG UDANG GALAH SALAI


Rendang Udang Galah Salai 

Bahan-bahan:
  • 1 kg udang galah(sederhana besar)
  • 50 gram serbuk kunyit
  • 100 gram bawang merah
  • 30 gram bawang putih (dikisar)
  • 50 gram buah keras (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 30 gram halia (dikisar)
  • 20 gram lengkuas (dikisar)
  • 20 gram kunyit hidup (dikisar)
  • 10 gram cili giling
  • 2 biji santan pekat
  • 50 ml air asam jawa
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Minyak secukupnya


Cara-cara:

  1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengan cili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
  3. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
  5. Selamat mencuba!

Jumaat, 29 November 2013

UDANG MASAM MANIS






Udang, nak masak apa ya? Kadangkala jadi buntu, tak tahu nak masak apa sedangkan ada beribu-ribu resepi yang boleh diguna pakai...Che Ta pun bila ada udang asyik-asyik masak lemak, masak sambal dan masak tom yam ....mari cuba resepi ni, sedap, senang dan murah. Anak-anak pasti suka...








Bahan-bahan:
500 gm udang (saiz besar) -kalau dapat udang galah lagi best
4 ulas bawang putih -cincang
1 labu bawang besar
20 gm halia (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris) -kalau nak pedas guna cili padi
3 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil cuka - Che Ta guna cuka kurma
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil kicap cair
1/2 sudu besar kicap pekat
Daun bawang (potong panjang)
daun Ketumbar - hiris halus
Sedikit minyak bawang putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1) Terlebih dahulu goreng udang yang telah digaul garam dan kunyit. Bila              warna udang bertukar kemerahan boleh angkat .
2) Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili merah hingga naik            bau.
3) Kemudian masukkan sos tomato, kicap cair dan pekat. Kemudian masukkan     cuka, garam dan gula.
4) Masukkan udang tadi dan minyak bawang putih. Tumis sehingga udang             masak.
5) Taburkan daun bawang dan daun ketumbar sebelum menghidang.

SELAMAT MENCUBA