Blogger Widgets

Sabtu, 30 November 2013

MEMASAK DENGAN KEBERKATAN

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya: "Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..."
 (Abu Hurairah r.a)

Begitu hebatnya wanita, setiap perilaku yang baik semua diberi pahala. Untuk menambah pahala marilah kita berzikir sambil memasak tak kiralah lelaki atau perempuan.



Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.
Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.


Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)


Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]
Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Apa yang penting sekali masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang....




NASI BRIYANI AYAM







Salam sejahtera semoga semua sihat-sihat belaka. Hari ni Che Ta share resepi Nasi Briyani Ayam. Kalau nak sedap wajib guna beras Basmathi. Che Ta guna beras basmathi Faiza pek 1 kg. Kalau nak hasil nasi yang panjang rendam 2 jam, belajar dari pakar Nasi Arab da..... Resepi ni kalau nak buat Nasi mandy guna rempah mandy prosedur boleh buat sama....kalau nak tambah sedap air yang digunakan untuk masak nasi, kita guna stok ayam kalau nak buat Briyani Ayam. Jika nak buat briyani daging ,guna stok daging. Kalau nak guna kiub pati ayam boleh juga. gambar kat atas tu pinjam aje...masa masak nasi tak hengat nak snap satu gambar, yang sempat gambar beras je...
Resepi ni boleh ubah suai nak tambah bahan yang disukai atau nak kurangkan bahan yang tak suka. Penting sekali sukatan air dan beras mesti sama banyak. Kalau nak selamat kukus sebab bila kukus biasanya nasi masak cantk je......


Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 2 jam dan toskan
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan plain yogurt
1 ekor ayam ~ potong kecil
3 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji tomato ~ potong dadu
1 sudu kecil bawang putih yg dikisar halus
1 sudu kecil halia yg dikisar halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk garam masala
2 sudu besar rempah beriyani
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis (dlm 2 inci)
4 biji buah pelaga hijau 
2 helai daun salam/ daun bay )
1- 2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kismis
Secubit saffron/kengkome ~ rendam dgn 1/2 cawan air panas (untuk dapatkan warna kuning)
1 cawan daun ketumbar yg dihiris
4 sudu minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa (gula batu lebih baik)

Cara penyediaan:
Mulakan dengan Bismillah........
Ayam:
1. Panaskan periuk dan tumis bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun salam dan bawang besar dengan 3 sudu minyak sapi. Goreng sehingga kuning dan masukkan paste bawang putih dan halia.
2. Masukkan rempah briyani, garam masalah, serbuk kunyit dan tomato. Masak sehingga terbit minyak, kemudian masukkan ayam, daun ketumbar dan yogurt.
3. Masakkan sehingga ayam masak dan kuah agak pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan jika suka tambahkan sedikit gula. Matikan api dan ketepikan.

Nasi:
~ Didihkan air dan masukkan 1 helai daun salam dalam kuali, 1/2 sudu jintan manis dan 1 sudu minyak sapi. Apabila air mendidih, masukkan beras dan susu cair . Masak selama 6-8 minit (sehingga menjadi nasi separuh masak). Nasi menjadi butiran yang lembut dan tidak keras.

Nasi Beriani:
1. Masukkan 1/3 bahagian nasi ke dalam periuk nasi elektrik dan ratakan. Taburkan bawang goreng, daun ketumbar, kismis, dan sedikit bancuhan saffron tadi ke beberapa bahagian nasi.
2. Masukkan 1/2 bahagian ayam dan ratakan menutupi bahagian nasi.
3. Masukkan pula 1/3 bahagian lagi nasi menutupi ayam dan lakukan keadah yg sama seperti no. 1 dan sudahkan dgn 1/2 bahagian ayam lagi yg tinggal.
4. Akhir sekali masukkan lebihan nasi yg tinggal dan letakkan lebihan kuah ayam tadi ke atas nasi dan taburkan lebihan bawang goreng, daun ketumbar, kismis, bancuhan saffron.
5. Tutup periuk dan tekan on periuk elektrik tersebut dan masak nasi sehingga masak (sekurang2nya 30 minit).
6. Gemburkan/kacau nasi sebelum dihidangkan dari tepi periuk untuk mengelakkan nasi patah dan hancur. Untuk hiasan taburkan dgn kismis, bawang goreng dan gajus.

*Jika menggunakan pengukus hasilnya lebih baik kerana nasi tidak berkerak

SELAMAT MENCUBA