Blogger Widgets

Rabu, 2 Oktober 2013

CHICKEN CHOP CHE TA



Assalamualaikum ....Sahabat-sahabat penggemar masakan , anak-anak kita memang suka makan makanan barat.Hmmm kita masih dijajah, nak buat macam mana kan ...apa kata kita buat sendiri terjamin halalnya. Harga pun murah sahaja 


RESEPI UNTUK 6 SET
Bahan  A

6 keping peha ayam ( dibuang tulang)
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih-secukup rasa
10 gm paprika
(Semua bahan di atas perap 15-30 minit)

Bahan B
 250 gm tepung gandum
250 gm serbuk roti
3 biji telur –dipukul sedikit
Minyak masak

Cara

1         Celupkan ayam yang telah diperap  dengan tepung gandum sehingga menutup semua bahagian ayam. Pastikan tangan kering semasa menggaul.
2         Celupkan ke dalam telur.
3         Akhir sekali lumurkan serbuk roti. Pastikan tangan kering untuk mengelakkan serbuk roti melekat dijari.
4         Goreng ayam sehingga masak dan berwarna keperangan dengan api sederhana.
5         Lakukan proses 1 – 4  sehingga habis 6 ketul ayam.


BLACK PEPPER & MUCHROOM SAUCE

Bahan-bahan:

2         biji bawang besar – cincang
6      ulas bawang putih – cincang
6      sudu besar demi glace jenama Knorr
1     sudu besar serbuk pati ayam
2      sudu besar majerin
6         ulas bawang putih – cincang
500 ml air
Serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
100 gm cendawan butang- dihiris (sebaiknya beli fresh .Kalau nak beli dalam tin baca label pastikan ada tanda halal. Che Ta selalu beli jenama REX buatan Malaysia)

Cara
1         Cairkan mejerin, sauté bawang besar & bawang putih sehingga naik bau
2         Bancuh demi glace dengan 200 ml air dan masukkan ke dalam bahan sauté.
3         Masukkan cendawan butang.
4         Kacau sebentar. Bancuh tepung gandum bersama serbuk pati ayam& serbuk lada hitam dengan 100 ml air dam masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga pekat.
5         Jika terlalu pekat tambah air mengikut kepekatan yang disukai.
6         Hidangkan bersama mashed potato atau French fries

SELAMAT MENCUBA

MASAK LEMAK KULAT SISIR

Assalamualaikum 

Musim hujan tiba lagi, dulu-dulu musim tengkujuh begini banyak tumbuh cendawan sisir. Walau pun tinggal di kawasan pekan Che Ta selalu dapat makan cendawan ni..dulu laaaa.Sekarang susah nak dapat..apa-apa pun Che Ta nak share resepi ni. Gambar dalam simpanan tak ada jadi Che Ta share dari mr google je. Nanti bila ada Che Ta upload ye...


Bahan-bahan:
200 gm kulat sisir
100 gm pucuk paku * kalau suka
50 gm ikan bilis

4 ulas bawang merah250 ml santan (lebih pekat lebih sedap-tapi ingat kolesterol tau!)
250 air
10 biji cili padi - dikisar
10 gm kuncit hidup - dikisar
2 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa



Cara menyediakan:

  1. Satukan kulat sisir, pucuk paku, ikan bilis, air, bahan dikisar dan serai ke dalam periuk. 
  2. Didihkan.
  3. Masukkan santan dan garam, kacau perlahan hingga mendidih lagi biarkan seketika dan tutup api. 
  4. Hidangkan dengan nasi panas-panas dan ikan terubuk masin..perghh mak mentua dok belakang memang sah tak nampak


*** Che Ta suka kisar ikan bilis sekali dengan cili padi
***Kalau tak suka letak bawang pun boleh
***boleh gantikan bilis dengan udang

SELAMAT MENCUBA

AMALAN DI DAPUR


ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. 

SEMASA MEMPELAJARI MASAKAN ARAB BERSAMA CHEF USTAZAH WAN HABSAH BELIAU BUKAN 

SAHAJA MENGAJAR MEMASAK MALAH BERKONGSI ILMU AMALAN-AMALAN YANG BAIK KETIKA 

MEMASAK.....

Bila ke dapur untuk menyediakan makanan buat keluarga tersayang...

 Sebaiknya berada dalam wudhu.

 Mulakanlah dengan memuji Allah SWT.

 Pastikan sumber bahan masakan suci dan bersih.

 Mendahulukan tangan kanan dalam memotong bahan, mengadun dan 
    mengacau masakan.

 Kacau masakan atau minuman ikut arah lawan jam, ianya sunnah.

 Besederhana dalam jenis hidangan dan elakkan membazir.

 Berselawat dan berzikirlah sepanjang memasak dan boleh juga mewiridkan
  "Ya Latif" dan membaca surah Al Imran ayat 200, keduanya ini dapat 
    melembutkan hati ahli keluarga.


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ


Wahai para ibu,

Usahlah jemu menyediakan hidangan makanan dengan air 
tanganmu sendiri kerana kesungguhanmu itu pasti dinilai Allah SWT dan 
doa ibu buat anak2nya InsyaAllah akan dikabulkan. Ambillah 
kesempatan ketika menyediakan makanan untuk mendoakan kebaikan buat suami 
dan anak-anak tersayang. INSYAALLAH...