Blogger Widgets
Memaparkan catatan dengan label VIDEO MASAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VIDEO MASAKAN. Papar semua catatan

Khamis, 28 November 2013

KUIH KELADI - HIDANGAN SAVOURI



Kuih ni last Che Ta buat semasa sekolah menengah dulu, teringin nak makan tapi selalunya dijual oleh kaum Cina, jadi tak berapa nak yakin status halalnya...Che Ta share di blog ni resepi dan gambar yang di ambil dari website sebab ramai pelajar-pelajar Che Ta yang tak pernah makan kuih ni terutama pelajar Melayu.....

Sebelum mula masak jangan lupa mulakan dengan lafaz Bismillah...."bahawasanya sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus daripada rahmat Allah SWT"


Kuih Keladi
Bahan-bahan utama:
160 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
500 ml air
1/2 camca teh garam
lada sulah -secukup rasa
1/2 camca teh rempah 5 (5 spices) -terdapat di pasaraya
1/2 camca teh serbuk pati ayam @ ikan bilis (jika suka)

Bahan lain:-
300 gm ubi keladi
60 gm udang kering, rendam 10 minit dan toskan ( boleh tambah jika suka)
10 keping cendawan shitake -rendam dan potong dadu

5 ulas bawang merah -hiris halus
4 ulas bawang putih -cincang
1 biji cili merah - cincang
Minyak masak -secukupnyaDaun sup /daun bawang & bawang goreng secukupnya

Cara membuatnya:-
1- Masukkan semua bahan utama ke dalam mangkuk dan kacau dgn wisk hingga sebati. Ketepikan.

2- Panaskan minyak, goreng keladi hingga sedikit perang, (sambil menggoreng bolehlah kita berzikir) angkat dan toskan diikuti cendawan shitake, lakukan proses yang sama. Kemudian masukkan bawang merah yg dihiris dan goreng hingga kuning, angkat dan toskan.

3- Masukkan udang kering dalam kuali yg sama dan goreng hingga perang. Masukkan bancuhan no.1 dan dikacau. Kacau ikut lawan jam sambil baca :


لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

 Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]

Gunakan api kecil.

4- Masukkan cendawan & keladi , gaul hingga rata, angkat dan tuang ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn sedikit minyak dan ratakan adunan tadi. Kukus selama 40 minit. Angkat dan sejukkan.

5- Untuk menghidang, potong bentuk kiup atau serong, hias dgn cili merah, daun sup/bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama sos cili .

*Di bawah ni ada teknik membuat kuih Keladi cuma mungkin bahan-bahannya berbeza. Pilihan di tangan anda.

SELAMAT MENCUBA









Selasa, 26 November 2013

KUIH KETAYAP- PBS Tingkatan 1

Apa khabar semua.....nak tahu cara buat kuih ketayap. Alahai senang aje. Ibu-ibu boleh buat dengan anak-anak bukan setakat berkongsi ilmu tetapi untuk mengeratkan kasih sayang.

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

  • Untuk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 11/2 cawan santan (boleh diganti dgn susu segar atau bancuhan susu tepung)
  • 1/2 cawan air daun pandan (3-4 helai daun pandan blend dengan1/2 cawan air -tapis)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Untuk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan dan air yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna hijau, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. 
  4. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.
* Ini resepi asas ...nanti Che Ta share macam mana nak buat Kuih Ketayap Polka Dot pula.....kalau nak tengok macam mana nak buat kuih ketayap tontoni video di bawah....




KARI PAP PUSING -Pastri Rapuh

Petang ni mak ajak buat karipap dah lama tak buat karipap katanya. Hmmmm dalam kesibukan mengejar saat-saat sistem sppbs ditutup mak punya pasal ikut je la....U olls kalau teringin nak cuba resepi ada kat sini Che Ta dah melilau cari resepi ramai yang kedekut nak bagi...ala takut kita potong jalanlah tu....nak kedekut buat apa bukan boleh bawa mati kan!!!. Kalau orang buat menjadi bagi makan pula anak-anak dan keluarga, kita juga dapat pahala. 

Jangan lupa ya setiap perbuatan lafazlah Bismillahirrahmanirrahim......

BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran


CARA MEMBUAT NYA

Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 

Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong  10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...

TEKNIK MEMBUAT KARIPAP PUSING
1. Buat Dua Doh.. seperti dalam resepi yang diberi...
2. Satukan doh.. doh kuning masuk dalam.. doh putih bahagian luar... faham kan??
3. Canai bulat.. jangan nipis...
4. Gulung rapat-rapat...
5. Gulung biar nampak memanjang... buat cantik- cantik...
6.Gelek memanjang.... jangan ditekan... nanti melekit..
7. Gulung lagi rapat-rapat...
8. Dah jadi seketul doh...
9.Nampak.. cantik tak??.. tutup dengan kain lembap untuk elakkan kering..
10.Potong empat...nanti dapat 4 keping karipap pusing...
11. Canai.. nampak tak lapisan tu??? kalau tak nampak.. pakai kanta..he.. he...
12. Gambar semasa masukkan inti lupa nak snap.. karipap dah siap diklim tepinya.. tak pandai klim.. tekan dengan garpu..
13.Dah siap goreng untuk di frozenkan.. senangkan??? tapi tengok resepi juga.. 

Ha kat bawa ni ada demo...jumpa kat you tube boleh tengok ye.....