Assalamualaikum sahabat-sahabat penggemar masakan....kali ni Che Ta nak kongsi resepi yang Che Ta belajar dengan rakan-rakan PGSR RBT IPG Kampus Perlis di Kolej Komuniti Sungai Petani. Anak-anak pasti sukakan "FRUIT TARTLET" ini nak buat tak susah mana pun. Jika tiada mesin pengadun anda boleh menggunakan teknik gaul dan ramas. Alaaa...macam nak buat kulit karipap.
Bahan-bahan
125 gm Tepung gandum
75 gm mentega
1 camca besar gula kastor
1 biji kuning telur
20 ml air
Cara Penyediaan
- Pukul mentega, gula kastor sehingga sebati.
- Kemudian campurkan kuning telur gaul sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Kemudian masukkan air dan gaul sebati.
- Rehatkan selama 30 min
- Terap ke dalam acuan tart.
- Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180 c
- Setelah masak sejukkan di atas redai kek dan sapu dengan coklat cair-jika suka.
INTI FRUIT TARTLET
Kastard
60 gm tepung kastard
3 biji telur
300 ml susu UHT
300 ml whipping cream
90 gm gula castor
1 camca besar mentega
2 camca teh esen vanilla
BUAH-BUAHAN
Kiwi
Peach
Strawberri
Anggur hijau/anggur hitam
Cara penyediaan:
- Campurkan gula, telur dan tepung kastard. Adun sebati.
- Didihkan susu dan whipping cream, kemudian campukan adunan susu ke dalam adunan tepung kastard tadi.
- Kacau perlahan-lahan kemudian tuang adunan ke dalam periuk dan kacau hingga pekat.
- Sejukkan dan tuang ke dalam tart yang telah siap.
- Aturkan buah-buahan mengikut citarasa tersendiri....
*Kastard boleh diperolehi ready made di pasaraya atau kedai menjual bahan-bahan kek
SELAMAT MENCUBA.......
Yummy......sedap. Nak try
BalasPadam