Ayam Madu:
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa
Dikisar:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara menyediakan:
1) Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
3) Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
4) Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).
Nasi Ayam:
4 pot beras basmathi extra long (pot rice cooker) - basuh dan rendam 2 jam
1 ekor ayam - potong 4
1 cawan susu segar
2 helai daun pandan
1 sk kunyit
1 kiub pati ayam
Garam
Minyak sapi untuk menumis
4 pot + 1 mangkuk besar air - untuk nasi dan juga sup ayam
Bahan Tumis:
1 inci halia - hiris batang mancis
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih -hiris
1.5 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan tumis hingga wangi dan keperangan.
2. Kemudian masukkan air dan ayam. Reneh hingga mendidih dan ayam 1/2 masak. Angkat dan toskan ayam.
3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan beras yang telah dibasuh, sup ayam secukupnya (sama sukatan dengan beras) dan semua bahan-bahan lain tidak termasuk ayam.
4. Tanak seperti memasak nasi biasa.
Sambal Cili:
3-4 biji cili merah
3-4 biji cili api
1/2 inci halia
4 ulas bawangn putih
Garam dan gula
2 sk cuka makan.
Cara menyediakan:
Blend semua sekali hingga halus. Rasakan secukup rasa. Boleh tambah sedikit air masak jika blender susah nak putar.
Sambal Kicap:
2 cawan sup ayam
3-4 ulas bawang putih - cincang
2 sb sos tiram
3 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
Sedikit minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga perang.
2. Masukkan semua bahan lain dan renehkan sehingga mendidih.
3. Hidangkan bersama nasi ayam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan