Blogger Widgets

Selasa, 26 November 2013

KARI PAP PUSING -Pastri Rapuh

Petang ni mak ajak buat karipap dah lama tak buat karipap katanya. Hmmmm dalam kesibukan mengejar saat-saat sistem sppbs ditutup mak punya pasal ikut je la....U olls kalau teringin nak cuba resepi ada kat sini Che Ta dah melilau cari resepi ramai yang kedekut nak bagi...ala takut kita potong jalanlah tu....nak kedekut buat apa bukan boleh bawa mati kan!!!. Kalau orang buat menjadi bagi makan pula anak-anak dan keluarga, kita juga dapat pahala. 

Jangan lupa ya setiap perbuatan lafazlah Bismillahirrahmanirrahim......

BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran


CARA MEMBUAT NYA

Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 

Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong  10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...

TEKNIK MEMBUAT KARIPAP PUSING
1. Buat Dua Doh.. seperti dalam resepi yang diberi...
2. Satukan doh.. doh kuning masuk dalam.. doh putih bahagian luar... faham kan??
3. Canai bulat.. jangan nipis...
4. Gulung rapat-rapat...
5. Gulung biar nampak memanjang... buat cantik- cantik...
6.Gelek memanjang.... jangan ditekan... nanti melekit..
7. Gulung lagi rapat-rapat...
8. Dah jadi seketul doh...
9.Nampak.. cantik tak??.. tutup dengan kain lembap untuk elakkan kering..
10.Potong empat...nanti dapat 4 keping karipap pusing...
11. Canai.. nampak tak lapisan tu??? kalau tak nampak.. pakai kanta..he.. he...
12. Gambar semasa masukkan inti lupa nak snap.. karipap dah siap diklim tepinya.. tak pandai klim.. tekan dengan garpu..
13.Dah siap goreng untuk di frozenkan.. senangkan??? tapi tengok resepi juga.. 

Ha kat bawa ni ada demo...jumpa kat you tube boleh tengok ye.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan