Nak masak mee goreng. Hmmm senang saja. Jengok saja blog Che Ta resepi kat sini semua senang-senang dan sedap-sedap belaka. Jangan lupa baca zikir ni semasa memasak . Baca 3 kali tau....
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)
Bahan-bahan: 500gm mee kuning 3 ulas bawang putih - cincang 1 biji bawang besar - dihiris 1 sb cili kisar 2 sb sos tiram 2 sb sos cili 2 sb sos tomato 2 sb kicap 1 biji telur Fish kek 2 batang Fish ball -5 biji (ikut suka kalau nak lebih) 200 gm udang - bersih dan toskan 1 mangkuk Taugeh Daun kucai - secukupnya Daun sup ,daun saderi dan bawang goreng untuk hiasan Minyak garam dan gula secukup rasa Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan besar hingga kekuningan.
Masukkan cili kisar diikuti gula. Tujuannya supaya cili cepat garing dan rasa kuahnya lebih enak. Kacau seketika.
2. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.
3. Masukkan udang, fish kek dan pecahkan telur.
4.Kalau nak mee basah tambah air. Bila dah mendiddih masukkan mee dan kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan taugeh, daun kucai dan kacau seketika sebelum diangkat. Siap.
ADIK-ADIK YANG BARU BELAJAR MEMASAK TU SELAMAT MENCUBA |
Memasak tidak perlu kepandaian, hanya perlukan sedikit kerajinan. Masaklah dengan penuh kasih sayang, disertai doa untuk santapan ahli keluarga, Insya Allah,Allah akan memberkati masakan kita, menganugerahkan keluarga kita dengan limpahan kasih sayang sebagaimana ikhlasnya kita sebagai isteri dan ibu memasak untuk keluarga tercinta. JOM KITA MASAK......
Jumaat, 29 November 2013
MEE GORENG - HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan