DAPUR CHE TA
Assalamualaikum uolls.....ceria selalu
Dah lama rasanya Che Ta tak buat kerabu. Tiba-tiba Mr Zin teringin nak makan kerabu, dibelinya daun selom dan cekur (kencur) dan kelapa parut...cadangnya nak buat kerabu kerang tetapi cari kerang di pasar tak ada. Fikir-punya fikir buat kerabu biasa sudah la....
Bahan-bahan : Daun
10 batang daun selom
7 rumpun cekur - ambil dengan ubi
10 helai daun kaduk
Segenggam daun selasih
(Boleh tambah ulam lain yang disukai)
* semua daun2 ini dihiris halus
Bahan Gaul:
1/2 biji kelapa parut-ambil putih sahaja
sesenggam udang kering - basuh dan toskan
1 biji cili merah
10 biji cili api
2 sudu besar kerisik
5 ulas bawang merah
ubi cekur
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara:
- Tumbuk semua bahan kecuali kerisik dan kelapa. Jika menggunakan pengisar semua bahan boleh dimasukkan sekali.
- Gaulkan semua bahan dengan daun-daun ulam yang telah dihiris halus.
SELAMAT MENCUBA
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan