Kuih jongkong ni biasa dengar nama tapi tak pernah buat . Tiba-tiba mak teringin nak makan. Nak beli tak pernah jumpa pun orang jual. Mau tak mau kena ajak mak buat sama-sama. Rumah pula tak ada pokok pisang, Che Ta guna daun pisang hiasan (musa velutina) yang di tanam di tepi rumah Mak. Boleh la daripada ada orang yang rumah dia ada pokok pisang, ada buah pisang, ada jantung pisang dan ada daun pisang tapi tak reti masak dan malas masak.......jangan malas-malas ye......
Macam biasalah pesanan Che Ta, nak ambil daun pisang pun mulakanlah dengan Bismillah jangan lupa tau...nak masak apatah lagi.....
gambar pinjam |
Bahan-bahan:~
3 cwn tepung beras
3 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa
1 cawan air daun pandan
2 ketul gula melaka
Garam seukup rasa
Cara:-
- Tepung beras campurkan dengan air daun pandan & santan (kacau sebati). Kalau pekat tambah air sedikit demi sedikit.
- Masakkan bahan no. 1 dlm periuk dengan api yang perlahan . (Kacau seperti memasak bubur som-som)
- Bila adunan sudah likat dan berkilat seperti gambar, tutupkan api. Biarkan sejuk.
- Racik-racik kan gula melaka.
- Gunting daun pisang yang telah dilayur mengikut saiz yang dikehendaki.
- Letakkan adunan , tuang gula merah yang telah diracik dan tutup semula dengan adunan tepung. Kalau suka manis boleh lebihkan gula.
- Bungkus seperti membungkus tapai. Che Ta guna stapler sebab tak ada lidi. Sebaik-baiknya sematkan dengan lidi.
- Lepas tu kukuslah selama 1/2 jam.
Tapi kalau sabar sikit tunggu sejuk, mmmm kalau nak sedap sejukkan dalam peti sejuk baru sedap dimakan. Cer korang tengok gambar kat bawah ni, bila sejuk kuihnya akan lebih membeku, dan yang bestnya air gula akan berlinangan kat bawahnya......
# yang tak ada daun pisang don't worry .....boleh letak dalam bekas plastik dan ikut prosedur yang sama. Hendak seribu daya....Nampak gayanya 1st time buat jadila resepi ni...agak lembik sikit tapi boleh la. Tepung beras yang Che Ta guna tu tepung beras campuran yang dah siap campur tepung jagung. Jadi kalau korang beli tepung beli yang siap campur , senang tak payah campur-campur tepung lain.
SELAMAT MENCUBA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan