Blogger Widgets

Khamis, 5 Disember 2013

Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

chetasukamasak.blogspot.com






Apa khabar orang yang sedang membaca? Nak masak ikan patin ye? Che Ta dulu tak gemar ikan patin ni, tapi entahlah bila usia semakin matang selera pun berubah. nak dapat ikan patin yang fresh dan tak hanyir susah juga kalau tak tinggal di negeri Pahang. Ikan patin sekarang di Tesco pun ada cuma kualiti mungkin tak sama. Che Ta bukan orang Pahang jadi tak pasti pula apa perbezaan rasa ikan Patin Pahang berbanding yang terdapat di negeri lain. Hanya orang pahang sahaja yang boleh jawab. Kalau tak suka ikan Patin anda boleh ganti dengan ikan siakap...kalau beli ikan siakap belilah di pasar atau pasaraya yang sudi menyiangnya....Gambar ni ambik dari majalah Rasa.



Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
 
  
Bahan-bahan:
2 ekor ikan patin
250 ml santan
3 batang serai (ketuk)
4 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Daun kesum ~ jika suka


Bahan dikisar: 
5 ulas bawang merah ~ kalau tak suka tak perlu 
10 tangkai cili padi ~ kalau nak pedas boleh tambah
2 cm kunyit hidup

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa dan garam.
2. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.
3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.
4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.
5. Kacau semula selama 10 minit kemudian tambahkan garam secukup rasa. Jangan lupa kacau ikut       lawan jam sambil berzikir...

*Kalau tak suka tempoyak tak payah letak tempoyak. Masakan ni akan jadi masak lemak biasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan