Blogger Widgets

Isnin, 2 Disember 2013

SANDWICH AYAM


Gambar Hiasan





Selamat pagi, semoga ceria-ceria selalu. Sandwich memang sesuai dijadikan makanan bekal. Anak-anak selalu merungut asyik-asyik sandwich sardin, tuna dan telur. Apa kata kita tukar kepada sandwich ayam. Kalau nak sedap isi ayam ini diperap semalaman dengan apa sahaja bahan perapan yang disukai anak-anak. Boleh digril dahulu kemudian baru dihiris. Sebagai isteri dan ibu kita kena bijak dan kreatif menghasilkan masakan. Sandwish ayam ini berkhasiat, mengandungi kabohidrat, protein dan vitamin. Merupakan hidangan sepinggan lengkap sesuai untuk sarapan pagi, makanan berkelah atau untuk makanan bekal. Gandingan 2 jenis roti hanyalah cadangan Che Ta, jika anda sukakan roti hotdog, roti burger atau tortilla terserah ikut selera masing-masing...kreativiti terletak di tangan anda


Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan untuk : 6 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 3 keping roti sandwich- putih  | disapu mentega                               
  • 3 keping roti sandwich wholemeal | disapu mentega
  • 6 keping ayam isi ayam | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • i biji timun  Jepun     | dipotong kiub kecil
  • 1 biji tomato     | dibuang bijinya dan dipotong kiub kecil
  • 2 sudu makan mayones
  • 2 sudu makan sos thousand island
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. Gaulkan isi ayam bersama serbuk lada hitam dan sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan isi ayam tadi dan kacau rata. Biarkan masak selama enam hingga lapan minit. Angkat dan asingkan.
  4. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan mayones, sos thousand island, timun dan tomato. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, sapukan campuran mayones tadi di atas roti dan letakkan isi ayam. Tutup roti dan sedia untuk dihidangkan.
* Timun dan tomato boleh dihiris nipis jika suka dan tambahlah daun salad hijau dan ungu untuk hiasan. Kalau nak pedas boleh tambah cili merah.  

SELAMAT MENCUBA ~ SEMOGA ANDA AKAN BERTAMBAH DISAYANGI SUAMI & ANAK-ANAK


Tiada ulasan:

Catat Ulasan