Blogger Widgets

Isnin, 21 Julai 2014

KETUPAT PALAS

Ketupat Palas memang sedap dimakan , sekarang nak makan senang je, di pasar malam selalu ada orang jual, sedap dengan tak sedap je. Che Ta dulu rajin juga tolong mak, mak kata Che Ta bungkus ada ketupat jantan ada yang betina, ah belasah je, janji ketupat tu boleh dimakan dan dijamin halal....Che Ta selalu tempah je...tak larat nak buat sampai 2-3 kilo (malas tak nak cakap)
Yang teringin nak buat guna air tangan sendiri kat bawah ni ada resepi...tapi tulah resepi Che ta mak bagi jenis agak2 je...mak pula kuat benar lemaknya

Bahan Bahan

1 kilo beras pulut
1 kg santan- kalau guna pati santan tambah air supaya tidak terlalu lemak
2 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya

garam secukup rasa

Cara membuatnya

Basuh bersih beras pulut sebersih-bersihnya dan kemudian tuskan.

Kelapa  tadi di perah dan ambil santan pekatnya.

Kemudian, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau hingga ia mendidih.

Masukkan pula pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.


Yang Ni Ketupat belum masak....


Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.


Ketupat siap nak makan......
Gambar ni pinjam dulu ketupat Che Ta belum rebus...sedang membeku dalam freezer.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.



#Ketupat ni boleh simpan setahun tau tapi kenalah bekukan...kalau letak tempat biasa dalam peti sejuk nanti bercendawan...Che Ta pernah campak 2 kilo ketupat yang ditempah kerana bercendawan dah la mahal nak mampus.. pulut kita bagi, daun kita bagi....oops sorry termengata pula ..ampun ampun ampun....kali ni tempah pada mak mentua rakan sekerja...Cikgu Hafsah Jamaludin, memang bestla ketupat dia.....

Yang tak sempat tempah tu ambillak resepi ni ya.....

Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan