Blogger Widgets

Khamis, 26 September 2013

APPLE STRUDEL CHE TA

Assalamualaikum sahabat-sahabat penggemar masakan. Hari ni Che Ta akan berkongsi resepi yang Che Ta belajar semenjak zaman persekolahan lagi. Kemudian setelah berkursus di Kolej Komuniti Sungai Petani maka upgrade la lagi pengetahuan Che Ta yang tak seberapa ni.....


BAHAN-BAHAN
1 peket pastry lapis (beli je di TESCO atau kedai yang seangkatan)
4 biji apple hijau
100 gm gula perang
100 ml air
60 gm kismis
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 batang kulit kayu manis









CARA-CARANYA:

  1. Kupas kulit apple kemudian potong dadu, masak apple bersama gula perang, serbuk kulit kayu manis. dan juga batang kulit kayu manis dan masukkan air. 
  2. Masak sehingga apple tersebut layu dan gula menjadi pekat.
  3. Kemudian masukkan kismis dan gaul sebati.
  4. Kemudian letakkan inti apple di atas pastry dan lipat seperti karipap.
  5. Tekan tepi pastru dengan menggunakan garfu kemudian bakar pada suhu 180c selama 20-25 min.





Beginilah rupanya Apple Strudel Che Ta yang siap........
(gambar ni di ambil semasa kami berkursus di Kolej Komuniti SG PETANI)

SELAMAT MENCUBA.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan