Blogger Widgets

Khamis, 26 September 2013

CARROT CAKE


Assalamualaikum sahabt-sahabat penggemar masakan.....Che Ta pasti kat luar sana ramai yang sukakan Carrot Cake tapi harganya mahal. Sebenarnya harga tak mahal mana dan nak buat pun tak susah mana.
Silalah ambil resepi ni cuma hasil mungkin berbeza bergantung kepada keadaan ketuhar dan mesin pemukul. Apa-apa pun belum cuba belum tahu.....


BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
 300 GM MENTEGA
240 GM GULA CASTOR

 BAHAN B
4 BIJI TELUR (GRED B)

BAHAN C
240 GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1 CAMCA TEH SERBUK KULIT KAYU MANIS
100 GM KACANG HAZEL (KISAR)
1 BATANG LOBAK MERAJ (DIPARUT HALUS)
1 CAMCA TEH PARUTAN KULIT LIMAU

TOPPING
120 GM GULA AISING
250 GM CREAM CHEESE
120 GM MENTEGA
2 CAMCA BESAR JUS LEMON

CARA MEMBUAT:
  • PUTAR MENTEGA DAN GULA KASTOR SEHINGGA KEMBANG
  • MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI



  • KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN C IAITU TEPUNG NAIK SENDIRI, KULIT KAYU MANIS, KACANG HAZEL, LOBAK MERAH DAN JUGA PARUTAN KULIT LIMAU. GAUL SEBATI.
  • TUANG ADUNAN KE DALAM LOYANG YANG TELAH DI LENSER DENGAN MENTEGA DAN DITABUR TEPUNG. BAKAR PADA SUHU 180 C SELAMA 50 MINIT.


  • SETELAH KEK MASAK BIARKAN SEJUK DAN KEMUDIAN BOLEHLAH DISAPU TOPPING DAN HIASA MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING.
Hmmm macam nilah rupanya...senang dibuat sedap dimakan....


SELAMAT MENCUBA........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan