Blogger Widgets

Rabu, 2 Oktober 2013

CHICKEN CHOP CHE TA



Assalamualaikum ....Sahabat-sahabat penggemar masakan , anak-anak kita memang suka makan makanan barat.Hmmm kita masih dijajah, nak buat macam mana kan ...apa kata kita buat sendiri terjamin halalnya. Harga pun murah sahaja 


RESEPI UNTUK 6 SET
Bahan  A

6 keping peha ayam ( dibuang tulang)
Garam secukup rasa
Serbuk lada putih-secukup rasa
10 gm paprika
(Semua bahan di atas perap 15-30 minit)

Bahan B
 250 gm tepung gandum
250 gm serbuk roti
3 biji telur –dipukul sedikit
Minyak masak

Cara

1         Celupkan ayam yang telah diperap  dengan tepung gandum sehingga menutup semua bahagian ayam. Pastikan tangan kering semasa menggaul.
2         Celupkan ke dalam telur.
3         Akhir sekali lumurkan serbuk roti. Pastikan tangan kering untuk mengelakkan serbuk roti melekat dijari.
4         Goreng ayam sehingga masak dan berwarna keperangan dengan api sederhana.
5         Lakukan proses 1 – 4  sehingga habis 6 ketul ayam.


BLACK PEPPER & MUCHROOM SAUCE

Bahan-bahan:

2         biji bawang besar – cincang
6      ulas bawang putih – cincang
6      sudu besar demi glace jenama Knorr
1     sudu besar serbuk pati ayam
2      sudu besar majerin
6         ulas bawang putih – cincang
500 ml air
Serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
100 gm cendawan butang- dihiris (sebaiknya beli fresh .Kalau nak beli dalam tin baca label pastikan ada tanda halal. Che Ta selalu beli jenama REX buatan Malaysia)

Cara
1         Cairkan mejerin, sauté bawang besar & bawang putih sehingga naik bau
2         Bancuh demi glace dengan 200 ml air dan masukkan ke dalam bahan sauté.
3         Masukkan cendawan butang.
4         Kacau sebentar. Bancuh tepung gandum bersama serbuk pati ayam& serbuk lada hitam dengan 100 ml air dam masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga pekat.
5         Jika terlalu pekat tambah air mengikut kepekatan yang disukai.
6         Hidangkan bersama mashed potato atau French fries

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan