Blogger Widgets

Sabtu, 28 Disember 2013

MIENG KHAM ~ SIREH KADUK

MIENG KHAM



Mieng Kham atau Miang Kam ialah sejenis makanan yang tidak asing bagi penduduk Thailand atau masyarakat utara Malaysia.
Ramai yang minta resepi daripada Che Ta, sebenarnya resepinya lebih kurang  sama sahaja , jika tidak dimakan dengan sos gula merah miang kam juga boleh dimakan dengan madu lebah atau kuah rojak.Begitu juga daun kaduk , jika tiada boleh juga guna daun salad Cuma umphnya sahaja yang kurang. Ni resepi versi Che Ta, kalau tak ada kelapa bakar Mieng Khan ni memang kurang umph nak habaq bagi….
BAHAN UTAMA :
Daun kaduk ~ 2 rumpun (kalau beli di pasar) ~ jangan silap guna daun sireh atau daun akar seruntun ye…..


BAHAN SOS :-)
200 g gula merah / gula melaka
200 ml air*(*dimasak hingga gula larut, angkat dan tapis)
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji bawang merah, jangan dikupas
3 batang serai
1 cm halia muda ~ jangan dikupas
1.5 cm lengkuas muda~jangan dikupas
50 g kelapa parut~ putih

BAHAN ISIAN:
10 ulas bawang merah (kevil)~ dihiris nipis atau potong dadu
5 biji limau nipis ~ potong dadu tak payah buang kulit
10 biji cili padi ~ hiris halus
½ cawan udang kering ~ dibersihkan & disangai hingga garing
200 gm kacang tanah ~ sangai dan buang kulit
½ biji kelapa bakar ~ boleh di parut atau disagat halus
2 ketul halia muda ~ dipotong dadu

CARA-CARA:


  1. Daun kaduk, dicuci dan lap kering2. Ketepikan. Panggang, bawang merah, halia dan lengkuas hingga harum, kupas kulit, potong kecil dan ketepikan. Goreng tanpa minyak kelapa parut hingga perang. Kisar bahan2 tadi dalam alat pengisar bersama sedikit air hingga halus. Dalam sirap gula melaka tadi, bahan2 kisar dan gaul hingga semua rata dan sebati. Ketepikan.
  2. Ambil sehelai daun kaduk, letak serba sedikit , setiap bahan2 isian tadi seperti gambar kat bawah. Tuangkan sos dan lipat daun kaduk seperti orang makan sirih. Mmmmm sedapnya….




SELAMAT MENCUBA ......RUGI KALAU TAK CUBA








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan