Blogger Widgets

Khamis, 10 Julai 2014

MURTABAK









Murtabak mmmm Che Ta memang suka. Selalu kalau beli di pasar Ramadan hampeh bawang je yang berlambak. Bila komplen ada yang kata nak isi lebih buat la sendiri.....so marilah kita sahut cabaran tu.....
Che Ta sukakan daging lembu berbanding ayam. Kalau guna daging lembu anda boleh la beli daging kisar Ramli atau membeli dagig segar. Sama ada nak kisar atau dipotong dadu ikut kegemaran masing-masing. Begitu juga daging ayam, jika kita ptong dadu keenakan isi ayam akan terasa semasa kita makan murtabak ini.

BAHAN KULIT:
  • 1kg tepung gandum
  • 2 biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • 750ml air
  • 125ml minyak masak
BAHAN INTI:
  • 1kg daging ayam | dihiris
  • 2kg bawang besar | dihiris halus
  • 2 batang putih | dihiris halus
  • 3cm halia | dihiris halus
  • 100gm rempah kurma
  • 6 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Minyak sapi secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris sehingga wangi.
3. Selepas itu masukkan rempah kurma. Kacau sehingga garing dan naik bau.
4. Kemudian masukkan isi ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk membuat kulitnya, gaul tepung gandum, telur, minyak dan air yang dituang sedikit-sedikit sehingga sebati.
6. Uli sehingga menjadi doh. Bentuk bulat seberat 60gm. Salut dengan minyak sapi, atau minyak kelapa. Biarkan doh semalaman atau sehingga dohnya mengembang.
7. Selepas itu bentuk doh tersebut dan tebar macam roti canai.Tapi Che Ta tak pandai tebar. Belajar dengan arwah nenek dan mak, guna talam.
8. Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan letakkan kulit martabak tersebut. Letakkan  letakkan inti. Lipat.
9. Selepas itu di atas lapisan seterusnya, letakkan inti. Lipat lagi. Lakukan sehingga tiga lapisan.
10. Selepas itu balik-balikkan dan bila sudah kekuningan, bolehlah diangkat.
11. Sedia dihidangkan.
12. Lupa pula...intinya dimasukkan ke dalam mangkuk dan pecahkan sebiji telur dan gaul sebati. Mengikut bapa saudara yang pernah berniaga murtabak ni, untuk satu biji murtabak kena guna sebiji telur...Kalau anda nak bungkus murtabak macam biasa tak perlulah buat 3 lapis macam di atas. Bagi rakan-rakan yang pentingkan kesihatan anda boleh menambah kubis, lobak merah,kentang atau kacang pis ke dalam bahan inti. rasanya akan bertambah sedap.....tepuk dada tanya selera cik Abang. 

SELAMAT MENCUBA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan