Dim Sum adik beradik dumling, dah lama nak buat, hari ni lah baru berkesempatan. Bila siap nampak rupanya tak cantik tapi lepas makan sebiji nak lagi...anak-anak pun suka. Uolls mesti nak resepi. nak buat ni kena tahan panas tau! Che Ta buat dapat 17 biji. Nak mula buat kuih ni jangan lupa baca Bismillah tau, takut tak berkat....
Bahan-bahan Inti
1 biji bawang hijau ( potong dadu)
2 ulas bawang putih
1 batang lobak merah (sagat atau hiris halus memanjang)
1/4 biji sengkuang- kalau guna sengkuan cina lagi sedap)-sagat kasar atau ptong dadu kecil2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
200 gm isi ayam atau udang (udang lagi sedap)
sedikit garam dan serbuk perasa
Cara-cara
1. Jika menggunakan udang semua bahan disatukan dan biarkan seketika.
2. Jika menggunakan ayam, tumis bawang hingga layu masukkan isi ayam yang telah dicincang diikuti sos tiram dan kicap. Goreng sehingga ayam masak dan tutup api. Campurkan sayur-sayuran hngga sebati. Ketepikan.
Bahan-bahan Doh
1 1/4 cawan tepung kanji (wheat starch)
1/4 cawan tepung ubi
1 cawan stok ayam
1 camca teh minyak - suka hati nak letak minyak apa pun
garam secukup rasa
Cara-cara
1 satukan Tepung Kanji (wheat starch) dengan tepung ubi. ( Ada yang sebut tepung Tepung Tang ada yang sebut Tepung Tung Min). Tengok la contoh kat bawah ni harganya RM4.00 1 paket.
2. Tuangkan stok ayam yang panas sedikit demi sedikit. [Stok ayam ni Che ta buat guna ayam yang direbus dengan 2 cawan air sehingga menjadi 1 cawan campur sedikit minyak dan garam.].Kacau cepat-cepat menggunakan senduk kayu hingga sebati.
3. Semasa doh masih panas, uolls kenalah uli menggunakan tangan sehingga doh menjadi lembut. sesiapa yang tak tahan panas memang tak boleh buat kuih ni.
4. Lepas tu ambik doh dan bulat-bulatkan atau bahagi kepada beberapa bahagian dan canaikan. Gunalah apa pun alat pencanai yang ada kat rumah. Lepastu teraplah kepada bentuk bulat. Gunalah mangkuk ke, cawan ke...Che Ta guna balang kuih raya...he he he
5. Lepas tu masukka inti macam nak buat karipap dan tutup juga macam nak buat karipap, cuma cara mengelim tepi sahaja yang berbeza.
6. Lepas dah jadi macam ni letakkan dalam pinggan yang telah disapu minyak sebab bila dikikus Dim Sum ni akan melekat-lekat. Jadi uolls kukus terus dalam pinggan dan bila siap masak terus anggkat pingan dari pengukus dan hidang masa panas. Kukus selama 10 mint .
7. Bila dah masak doh akan jadi jernih dan berkilat. angkat dari pengukus dan hidangkan dengan cili sos. Mmmm tersangatlah sedapnya Dim Sum yang dibuat sendiri dan dijamin halal.....
* nak sukat guna cawan ikutlah cawan yang ada kat rumah masing masing. Che Ta guna penyukat yang beli kat pasar raya. Sebab tu dapat 17 biji je.
*Tepung boleh beli kat kedai runcit Cina atau beli kat kedai yang jual bahan-bahan buat kek. Che Ta kirim kawan beli. Dapt diskaum 40 sen.
SELAMAT MENCUBA, NAK MASAK SENANG AJE..........

Tiada ulasan:
Catat Ulasan