Blogger Widgets

Ahad, 7 Disember 2014

IKAN SARDIN NOXXA

Assalamualaikum sahabat2 yang rajin ke dapur sekalian.
Hari ni Che Ta kongsi resepi periuk noxxa dari seorang yang sangat Che Ta sanjungi. Yang berminat dengan periuk noxxa ini bolehlah hubungi saya melalui wassup 017 4424880
Resepi Ustazah Wan Habsah.....


Sardin buat sendiri.

Jom buat sendiri :
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
1 sdt Serbuk lada putih.
Air secukupnya.
Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).

Cara :



1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.






Sedia untuk dihidangkan dengan Nasi Putih.. Sedap sangat..
ALHAMDULILLAH.

Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.


Gambar pun saya share hak mlik Ustazah Wan Habsah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan